Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PARLIMEN

Akta Penyaraan Ibu Bapa pastikan anak sediakan keperluan asas bagi orang tua

Jul 04, 2023 | 08:17 PM



Akta Penyaraan Ibu Bapa (MPA) bukan bertujuan menggubal undang-undang atau menguatkuasakan ketaatan anak-anak terhadap ibu bapa.

Sebaliknya, ia bertujuan memastikan anak-anak menyediakan keperluan asas bagi orang tua mereka yang sudah berusia.

Demikian ditekankan Encik Seah Kian Peng (GRC Marine Parade) semasa bacaan kedua Rang Undang-Undang Penyaraan Ibu Bapa (Pindaan) di Parlimen pada Selasa.

Seramai 14 Anggota Parlimen termasuk Encik Fahmi Aliman (GRC Marine Parade), Encik Melvin Yong (Radin Mas), Cik Denise Phua (GRC Jalan Besar) dan Encik Murali Pillai (Bukit Batok) telah tampil menyuarakan sokongan terhadap rang undang-undang tersebut, yang diluluskan pada Selasa.

Cik Phua berkata terdapat dua perkembangan utama yang menyebabkan keperluan untuk menyemak MPA.

Pertama, telah dilaporkan bahawa satu dalam tiga kes yang ditangani Tribunal melibatkan dakwaan bahawa ibu bapa yang meminta nafkah daripada anak-anak mereka sebelum ini telah mendera, meninggalkan atau mengabaikan anak mereka itu.

Ini menyebabkan trauma dalam diri anak tersebut dan menimbulkan pertanyaan sama ada adil untuk mewajibkan anak-anak tersebut memberi nafkah kepada ibu bapa yang telah melayan mereka dengan buruk.

Kedua, terdapat kes di mana anak-anak yang enggan memberi nafkah telah meninggalkan ibu bapa mereka di kemudahan penjagaan warga emas dan mengharapkan pihak pengurusan kemudahan itu untuk menjaga dan menampung kos kewangan penyaraan ibu bapa mereka.

“Kali ini, pindaan yang diusul bertujuan untuk menangani isu-isu ini dan meningkatkan keberkesanan MPA.

“Ia termasuk peruntukan yang memerlukan rekod penderaan, ‘membuang’ anak atau pengabaian dipertimbang sebelum ibu bapa boleh mendapatkan perintah penyaraan,” kata Cik Phua.

Encik Yong pula berkata tanggungjawab menjaga orang tua sepatutnya terletak dengan keluarga.

“Pemerintah boleh menyokong dengan sokongan kewangan dan sosial yang lebih meluas, tetapi pemerintah tidak boleh melakukan semuanya.

“Dengan Singapura menuju ke arah menjadi masyarakat yang pantas menua, dengan lebih 20 peratus penduduk kita berusia 65 tahun dan ke atas, adalah tepat pada masanya kita menyemak semula MPA untuk memastikan pilihan terakhir menggunakan perundangan ini kekal berkesan,” kata beliau.

Sementara itu, Encik Fahmi berkata MPA boleh menjadi pilihan terakhir bagi ibu bapa yang mendapati diri mereka dalam keadaan serba kekurangan atau tanpa sokongan.

“Dalam masa-masa yang terdesak seperti inilah, kita sebagai sebuah masyarakat bersifat ihsan harus tampil memberi pertimbangan kepada langkah terakhir ini.

“Jaringan keselamatan ini yang direka sebagai respons keihsanan bertujuan untuk memastikan keperluan asas ibu bapa yang rentan ini dipenuhi,” ujar Encik Fahmi.

Dalam pada itu, Encik Seah berkata MPA kekal sebagai tonggak kedudukan masyarakat berhubung peranan keluarga menyokong satu sama lain.

“Ia berfungsi sebagai isyarat kepada anak-anak yang mengabaikan ibu bapa mereka yang memerlukan yang sebelum ini telah menjaga mereka, bahawa undang-undang mempertanggungjawab mereka untuk memberi nafkah (kepada ibu bapa).

“Saya ingin tekankan bahawa MPA bukan untuk menjadikan ketaatan kepada orang tua sebagai satu undang-undang... undang-undang bukanlah wadah yang sesuai untuk memupuk nilai kekeluargaan,” jelas Encik Seah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >