Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

AP WP Faisal Manap dibenar keluar hospital, kini cuti sakit

Jul 28, 2023 | 04:15 PM



Anggota Parlimen (AP) GRC Aljunied yang juga naib pengerusi Parti Pekerja (WP), Encik Faisal Manap, dibenarkan pulang ke rumah dari hospital, menurut parti tersebut di laman Facebooknya pada Jumaat.

Parti itu mengumumkan pada Selasa bahawa Encik Faisal, 48 tahun, telah dimasukkan ke hospital pada Isnin malam akibat masalah jantung dan berada di Unit Jagaan Rapi (ICU).

“Encik Faisal kini berada di rumah dan diberikan cuti sakit,” kata WP.

“Keluarganya melahirkan rasa terima kasih atas doa, keprihatinan dan ucapan selamat oleh relawan, rakan dan orang ramai.”

Encik Faisal telah menjadi AP GRC Aljunied sejak 2011.

Tugas dan aktiviti kawasan undinya di Kaki Buit kini dibantu AP GRC Aljunied lain – Cik Sylvia Lim, Encik Gerald Giam dan Encik Pritam Singh – di samping relawan dan anggota kanan parti yang lain.

Perjalanan politik Encik Faisal bermula pada 2011 apabila pasukan WP yang dianggotai beliau, Encik Low Thia Khiang, Encik Pritam, Cik Lim, dan Encik Chen Show Mao waktu itu memenangi GRC Aljunied dalam Pilihan Raya Umum (GE) 2011.

Kemenangan itu merupakan detik pertama dalam sejarah Singapura di mana pasukan pembangkang berjaya memenangi GRC daripada Parti Tindakan Rakyat (PAP).

WP berjaya mempertahankan kerusi GRC Aljunied pada GE 2015 dan 2020.

Pada GE 2020, Encik Gerald Giam dan Encik Leon Perera menyertai pasukan GRC Aljunied WP setelah Encik Low Thia Khiang dan Encik Chen Show Mao bersara daripada politik.

Baru-baru ini, Encik Perera meletak jawatan daripada WP kerana didapati berbohong mengenai hubungan sulitnya bersama seorang anggota kanan WP, Cik Nicole Seah, yang dilaporkan bermula selepas GE 2020.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >