Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Badminton persahabatan wadah pereratkan hubungan sesama negara

Jun 04, 2023 | 05:34 PM



SUKAN seperti badminton bukan saja menjalin pemahaman budaya dan mempromosikan interaksi, tetapi ia juga mencipta kenangan dan ikatan yang tidak boleh dilupakan.

Demikian antara matlamat Kejohanan Pertunjukan Persahabatan Diplomasi Badminton, yang diadakan buat julung-julung kalinya di sini, pada Sabtu di Pusat Konvensyen Suntec.

Ia merupakan sebahagian daripada Festival Badminton Antarabangsa Brave Sword Singapore 750 yang bermula dari 29 Jun hingga Ahad dan pertandingan pendahulu kepada kejohanan Terbuka Singapura 2023 dari 6 Jun hingga 12 Jun nanti.

Kejohanan itu dihadiri Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang juga Menteri Kedua (Pendidikan merangkap Ehwal Luar), Dr Mohamad Maliki Osman.

Menurut Dr Maliki, kejohanan sedemikian menunjukkan bahawa sukan merupakan wadah yang dapat menyatukan individu, tidak kira kewarganegaraan, bangsa mahupun agama.

Beliau berkata: “Saya ingin menyatukan para duta bersama untuk menunjukkan bahawa sukan menjangkau apa-apa halangan (yang ada) dan ia dapat menyepadukan orang ramai daripada pelbagai latar belakang dan negara.

“Kita ada duta-duta (dan wakil diplomat) dari berbilang negara yang bersatu untuk bermain bersama-sama dan memberikan sokongan (kepada matlamat ini).”

Dr Maliki tampil sebagai peserta di acara tersebut di samping beberapa duta dan wakil diplomat lain – antaranya Timbalan Pesuruhjaya Tinggi Malaysia, Encik Khairul Nazran Abdul Rahman; Duta Republik Indonesia ke Singapura, Encik Suryo Pratomo; Duta Republik Poland ke Singapura, Cik Magdalena Bogdziewicz; Duta Besar Istimewa dan Mutlak Korea Selatan, Dr Choi Hoon dan Timbalan Ketua Misi & Menteri bagi Kedutaan Jepun, Encik Yoshiaki Takahashi.

Encik Khairul Nazran berkata: “Kami teruja kerana diberi peluang untuk mengambil bahagian dalam acara seperti ini.

“Aspek paling penting bagi pertandingan ini adalah jalinan sesama warga... kerana ia memberi dorongan lebih lanjut kepada hubungan antara kedua-dua negara kita, terutamanya aspek sesama warga.”

Encik Suryo Pratomo pula menjelaskan acara sedemikian adalah pendekatan baik untuk eratkan lagi hubungan dua-hala sesama negara dalam suasana lebih santai.

Dalam pada itu, festival badminton tersebut menyaksikan sekurang-kurangnya satu rekod dicatatkan dalam Buka Rekod Singapura.

Rekod tersebut adalah berlangsungnya 24 perlawanan yang diadakan secara serentak dalam sesebuah kejohanan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >