Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Baki studio televisyen luar Tuas TV World akan diroboh

Jun 18, 2023 | 03:53 PM



Bahagian yang masih ada daripada Tuas TV World, yang pernah merupakan studio televisyen luar terbesar di rantau ini tetapi kini tidak berfungsi lagi, akan dirobohkan menjelang suku kedua 2024.

Demikian lapor akhbar The Straits Times.


Kemudahan seluas 6.6 hektar itu mempunyai lapan set, dengan lima menggambarkan Singapura lama dan tiga menggambarkan China.

Ia dibina antara 1990 dan 1992 dengan kos kira-kira $35 juta oleh Perbadanan Penyiaran Singapura (SBC), kini Mediacorp.

Kompleks itu juga mempunyai ciri air sepanjang 215 meter yang memberi gambaran Sungai Singapura, termasuk pam untuk menjana ombak.

Ia terletak di antara Kompleks Pusat Pemeriksaan Tuas dan Pusat Ujian Kereta Api Bersepadu Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) yang akan datang.

Pada 1990 wakil SBC berkata apabila siap, Tuas TV World akan menjadi 40 kali ganda saiz set “Singapura awal” yang mereka ada di Caldecott Hill, dan membolehkan penyiar itu menerbitkan lebih banyak drama.

Ini termasuk drama Inggeris, Melayu dan India, yang sehingga ketika itu terbatas disebabkan kebanyakan set gaya Cina di Caldecott.

Sebelum ini ia dilaporkan bahawa selepas kira-kira sedekad beroperasi, Tuas TV World menjadi terlalu mahal untuk dikekalkan oleh penyiar itu, kerana kekurangan drama zaman diterbitkan selepas 1990-an.

Seorang jurucakap Pasukan Polis Singapura memberitahu akhbar itu pada Jumaat bahawa Komand Operasi Khas menyewa premis tersebut dan menukarnya menjadi kemudahan sementara yang dipanggil Kampung Latihan Tuas untuk memenuhi keperluan latihan.

Pelbagai unit polis – termasuk divisyen darat dan unit pakar – menggunakan tapak tersebut untuk pelbagai jenis latihan, termasuk insiden ketenteraman awam, keselamatan awam, siasatan forensik dan latihan berasaskan senario, tambah jurucakap itu.

Beliau berkata latihan dihentikan pada 2009 untuk menyiapkan tapak itu bagi dikembalikan kepada pemerintah.

Daripada sekitar 100 bangunan yang ada di Tuas TV World, hanya kira-kira 17 masih kekal hari ini. Tidak jelas bila struktur lain telah dikeluarkan.

Drama yang difilemkan semasa zaman kegemilangan studio itu pada 1990-an termasuk Strange Encounters 3, Tofu Street, The Price Of Peace, Wok Of Life dan Hainan Kopi Tales.


Pada Februari 2012, Mediacorp kembali ke lokasi untuk penggambaran drama ulang tahun ke-30 Channel 8 Joys Of Life, dan antara pelakon yang kembali ialah Chew Chor Meng, yang telah menjalani penggambaran bagi kira-kira 10 drama di tapak itu sejak 1990-an.


Ketika bercakap kepada The New Paper, Encik Chew berkata beliau mempunyai banyak kenangan indah tentang Tuas TV World, termasuk memancing di perairan berhampiran semasa berehat di set.


Baki bangunan Tuas TV World terletak di atas tanah yang dizonkan sebagai tapak rizab, bermakna penggunaan khususnya masih belum ditentukan.

Kementerian Ehwal Dalam Negeri (MHA) dijangka melantik kontraktor pada pertengahan September dan selepas itu kerja pembersihan akan dijalankan hingga suku kedua 2024 sebelum tapak itu diserahkan kepada Penguasa Tanah Singapura (SLA).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >