Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Barah, katarak, ekzema tidak jejas tekad buru diploma

Jun 29, 2023 | 05:30 AM



Bagi Encik Muhammad Nurhan Amit, 27 tahun, barah, katarak dan ekzema bukan penghalang untuk beliau terus menggagahkan diri seiring semangat kental untuk menghabiskan pengajian.

Setelah memulakan pengajian di Politeknik Temasek (TP) dalam jurusan teknologi maklumat (IT) pada April 2019, beliau terpaksa menunda pengajian apabila disahkan menghidapi barah limfoma tahap 4 pada Jun 2019.

Untuk mendapatkan rawatan intensif, beliau dikehendaki menjalani rawatan kemoterapi selama enam bulan dan terpaksa duduk di bilik hospital.

“Sebenarnya, saya rasa macam nak gila. Saya dikelilingi empat tembok, berasa lemah dan tidak mempunyai banyak interaksi dengan orang lain,” jelas Encik Muhammad Nurhan.

Sebagai seseorang yang gerun dengan jarum, beliau berasa lebih tertekan apabila perlu mengambil darah dan memasukkan ubat kemoterapi.

Kadangkala apabila beliau hilang selera, ibunya akan membawa masakan dari rumah agar beliau tetap makan.

Enam bulan selepas menjalani rawatan intensif dan penuh tekanan, tumor berukuran 14 sentimeter kecut menjadi 4 sentimeter.

“Selama enam bulan itu, saya menantikan hari doktor memberitahu bahawa saya bebas barah dan saya berasa begitu tersentuh apabila doktor mengatakan demikian,” singkap Encik Muhammad Nurhan.

Pada hari terakhir rawatan, beliau mengambil keputusan menaiki bas awam untuk pulang kerana ingin melihat pemandangan di luar hospital.

Setelah menamatkan rawatan pada Disember 2019, Encik Muhammad Nurhan menyambung pengajian pada April 2020.

Namun, cabaran demi cabaran dihadapinya.

Ekoran kesan sampingan kemoterapi, beliau menghidapi katarak pula.

Pada Mei 2020, Encik Muhammad Nurhan terpaksa menjalani pembedahan kecemasan untuk mengelak dirinya daripada buta.

“Walaupun sudah bebas barah, saya masih rasa kesan sampingan seperti penat tapi saya tetap bertekad untuk berbakti pada sekolah,” jelas beliau.

Pada 2022, beliau mengambil keputusan untuk menyertai Kelab Informatik dan Pendidikan Teknologi Maklumat (IT) sebagai pegawai kebajikan agar kehidupannya di TP lebih ceria.

Beliau terlibat dalam pelbagai kegiatan seperti acara sukan dan kemasyarakatan.

Namun, sekali lagi Encik Muhammad Nurhan diuji.

Kesan sampingan kemoterapi menjejasnya lagi. Sakit kulit ekzemanya bertambah teruk pada Disember 2022 sehingga beliau terlantar di katil.

“Kulit saya begitu sakit dan pedih sampaikan tidak boleh tidur pada waktu malam. Badan saya dah macam kaku,” jelas beliau.

Sebaik sahaja sembuh, beliau bertekad menyumbang kepada kehidupan pelajar di TP dengan menghasilkan koreografi persembahan untuk pertandingan sorakan di acara Regatta Temasek dan beliau berjaya merangkul anugerah Sorakan Terbaik.

Bagi Encik Muhammad Nurhan, kehidupan yang penuh onak duri di TP telah membangun kecerdasan, meningkatkan daya tahan dan ketabahan dirinya.

“Saya amat bersyukur ibu saya berada di sisi saya selama ini walaupun saya tahu ini bukan perkara mudah baginya,” jelas anak bongsu dua beradik itu.

Beliau kini sudah tamat pengajian dan sedang bekerja sambilan di Sentosa sebagai pegawai tarikan.

Encik Muhammad Nurhan merupakan antara 1,800 pelajar TP yang mendapat pengiktirafan di majilis penyampaian Anugerah Kecemerlangan Pelajar Temasek (TSEA) di atas sumbangan mereka kepada sekolah dan masyarakat baru-baru ini.

Berkat dedikasi dan ketabahan, Encik Muhammad Nurhan telah diiktiraf sebagai penerima Anugerah Kecemerlangan Keperibadian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >