Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bayar $1 lepas diurut 40 minit, kedai urut henti ‘bayaran ikhlas’

Aug 15, 2023 | 04:00 PM



Lepas penat mengurut pelanggan selama 40 minit, mereka hanya bayar $1.

Keadaan itu berlaku bukan sekali dua, malah berulang kali hingga penyedia khidmat urut Baitus Salam Therapy SG terpaksa membatalkan skim ‘rawatan bayaran ikhlas’ mereka.

“Dah banyak orang salah guna rawatan bayaran ikhlas kami... kami cuba sedaya upaya menggunakan semua alat, kemahiran yang kami ada untuk rawat orang,” kata pengasas kedai tersebut, Encik Abdul Salam Salim, dalam sebuah video Tik Tok.

Beliau berkata demikian sebagai menjawab seorang warganet yang bertanya ‘10 sen boleh?’, merujuk kepada ‘bayaran ikhlas’ itu.

Mengulas lanjut, Encik Abdul Salam berkata: “Kami bukan buat cincai bocai lima minit, 10 minit terus dah habis. Kami berusaha sedaya upaya.


“Bagi seorang klien kadang-kadang kamu buat 30 minit, kadangkala 45 minit, yang menunjukkan kami benar-benar bersemangat ingin tolong orang sakit.

“Ada orang betul-betul salah guna khidmat kita.”

Encik Abdul Salam menambah bahawa beliau masih boleh menerima jika pelanggan kesempitan membayar $1 atau $2 bagi khidmat urut 40 minit, tetapi “ramai sangat” yang menyalah guna tawaran itu.

Ketika dihubungi Berita Harian, Encik Abdul Salam, yang menubuhkan kedai itu dua tahun lalu, berkata beliau memperkenal ‘rawatan bayaran ikhlas’ kerana prihatin akan kebajikan orang yang berada dalam keadaan terdesak.


“Sejak saya buat rawatan ini dan mengenali klien, ada yang beritahu saya mereka tidak bekerja, tidak ada pendapatan. Mereka berusaha dan berikhtiar untuk lakukan rawatan bekam, perubatan Cina tradisional kerana ingin baik.

“Jika mereka tak pulih, mereka tak boleh kerja, tetapi ada keluarga perlu tanggung. Saya lihat ada daripada orang Melayu tidak dapat menanggung kos rawatan kerana ia memang mahal... oleh itu saya perkenalkan ‘bayaran ikhlas’,” ujarnya.

Namun, ada orang yang mampu mengambil kesempatan menyalah guna tawaran itu, katanya.

Menurut Encik Abdul Salam, beliau terpaksa menghentikan tawaran itu setelah 70 peratus pelanggan membayar harga sangat rendah walaupun beliau berasa mereka mampu membayar bayaran lebih wajar.

Ada pelanggan yang datang dengan menaiki kereta atau menunggang motosikal dan ada pekerjaan membayar $5 atau $10, tambahnya.

Dalam video TikTok beliau, Encik Abdul Salam berkata: “Kalau 10 orang bayar $2, macam mana kita nak bayar sewa, bayar pekerja?”

Justeru sejak lewat Julai, Encik Abdul Salam menetapkan bayaran minimum $30 bagi khidmat urut 20 hingga 30 minit.

“Sesiapa yang nak bayar lebih untuk menunjukkan anda menyokong kami, anda boleh lakukan demikian,” ujarnya.

Beliau mempunyai dua kedai, di Woodlands dan Geylang Serai.

Ada warganet meluahkan rasa kasihan terhadap kedai urut itu dan tidak bersetuju dengan sikap pelanggan mengambil kesempatan.

Pengguna Tiktok MommyLoveTherapy berkata: “Nak $2, suruh drg (mereka) pergi kat mesen seat (duduk) urut jer luh.”

Seorang lagi, indri@5975, berkata: “Sampai hati tanya 10 sen.”

Pengguna TikTok juga berkata harga $30 itu wajar.

“Alhamdulillah, $30 tu pon sgt2 (sangat-sangat) rendah harganya, tak baik yg (yang) ambil kesempatan tu,” tulis pengguna norainizakariah55.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >