Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bekas AP WP, Yaw Shin Leong, meninggal dunia

wp ap
Nov 15, 2023 | 06:59 PM



Bekas Ahli Parlimen (AP) bagi Parti Pekerja (WP), Encik Yaw Shin Leong, 47 tahun, telah meninggal dunia, menurut notis kematian yang dimuat naik di akaun media sosialnya pada Selasa malam, menurut laporan The Straits Times.


Notis kematian di akaun Facebook dan LinkedIn Encik Yaw menyatakan beliau meninggal dunia pada Jumaat.

Punca kematian tidak dinyatakan.

Encik Yaw menggunakan akaun media sosial di bawah nama ‘Amos Rao’ sejak sekitar 2017.

“Hati kami hancur dengan kesedihan. Anda meninggalkan kami terlalu cepat, terlalu mengejut,” menurut notis kematian itu.

“Pemergianmu yang mengejut meninggalkan kekosongan dalam hati kami yang tidak dapat diisi. Kami tahu anda berada di tempat yang lebih baik. Kami amat menyayangi anda. Anda akan hidup selama-lamanya di dalam hati kami.”

Notis kematian itu menggambarkan Encik Yaw sebagai suami, bapa, abang, ketua dan askar yang dikasihi, selain berkongsi butiran mengenai kematiannya.

“Kepada rakan-rakan media, keghairahan Shin Leong terhadap Singapura, perkhidmatannya sewaktu dalam Perkhidmatan Negara (NS), dan sumbangannya di luar politik telah meninggalkan kesan yang tidak dapat dilupakan,” menurut notis kematian itu, yang turut meminta keluarga Encik Yaw tidak diganggu pada masa berkabung ini.

Semasa penglibatannya dalam politik, mendiang Encik Yaw berkhidmat sebagai AP bagi kawasan undi perseorangan (SMC) Hougang pada 2011, tetapi dipecat daripada WP pada 2012 kerana tidak memberi keterangan mengenai dakwaan bahawa beliau mengadakan hubungan sulit.

Pada 2021, beliau menulis di Facebook sebagai ‘Amos Rao’ dan menyangkal ketua WP, Encik Pritam Singh, mengenai pemecatannya daripada parti tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >