Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BOLA SEPAK BERJALAN

Bekas pesakit barah antara pemain ke kejohanan sedunia di England

Aug 27, 2023 | 05:30 AM



Encik Mohammed Hatta Abdul Kadir tidak menyangka yang beliau akan dapat menyarung jersi Singapura untuk bermain bola sepak di luar negara.

Ini kerana beliau yang sudah menjangkau usia 70 tahun pernah menghidap barah paru-paru sekitar tujuh tahun lalu.

Beliau yang merupakan pesakit yang pulih daripada barah mewakili Singapura ke Piala Negara Sedunia Bola Sepak Berjalan, yang telah berlangsung di England pada 24 hingga 26 Ogos.

Pasukannya yang terdiri daripada 11 pemain beraksi di padang St Georges Park, stadium utama pasukan nasional England.

Mereka bersaing dengan negara-negara seperti Italy dan Jepun.

Ini kali pertama Singapura menyertai kejohanan sedunia itu.

“Memang ia sesuatu yang tidak diduga.

“Sebabnya pada usia 63 tahun, saya dikesan menghidap barah paru-paru.

“Pada mulanya saya rasakan yang diri saya ini tidak mempunyai harapan jangka panjang,” kata Encik Mohammed Hatta.

Bak kata pepatah ajal maut di tangan Tuhan.

Dan dengan sokongan isterinya, Cik Saeiyah Mauri, usaha beliau untuk pulih dengan mendapatkan rawatan membuahkan hasil.

Meskipun begitu, Encik Hatta dikesan pula dengan tumbuhan di pankreasnya pada 2021, dan sekali lagi selepas mendapatkan rawatan dan menjalani pembedahan beliau berjaya mengatasinya.

Mengenai penglibatannya dalam bola sepak berjalan, Encik Hatta berkata isterinya yang memperkenalkannya kepada sukan tersebut dan beliau dapat pulihkan semangatnya untuk bermain sukan itu.

Kali terakhir beliau jejakkan kaki ke padang adalah semasa usianya 44 tahun.

Pada mulanya, tujuan asalnya menyertai sukan bola sepak berjalan itu adalah untuk meluangkan masa bersama isterinya selain menjaga kesihatannya selepas menghidap barah.

Namun setelah menjalani beberapa sesi, beliau dapati dirinya dapat mengawal rentak permainan melalui hantaran bolanya.

“Saya berharap untuk mendapatkan pengalaman bermain di peringkat antarabangsa dan menentang pemain profesional sukan ini,” jawab beliau apabila ditanya tentang harapannya dalam kejohanan itu.

“Mudah-mudahan saya dapat menggunakan pengalaman ini untuk kejohanan-kejohanan yang akan datang dan juga untuk generasi ‘Walking Football’ seterusnya,” tambah beliau.

Sementara itu, Anggota Parlimen (AP) GRC Bishan-Toa Payoh, Encik Saktiandi Supaat, memberikan sokongan kepada Encik Hatta dan pasukannya.

“Ia penting bagi pasukan Singapura bertekad untuk menunjukkan prestasi yang baik dalam kejohanan itu. Dengan mengibarkan bendera Singapura, kita boleh menunjukkan bagaimana ‘Walking Football’ Singapura telah maju.”

Sementara itu, Encik Hatta berharap untuk mengubah tanggapan orang ramai tentang sukan itu.

“Sukan ini bukan sahaja membenarkan saya untuk menjaga kesihatan saya secara fizikal, tetapi secara mental juga. Ini penting kerana saya sudah tidak lagi bekerja,” kata beliau.

Beliau berkongsi bahawa sukan itu sebenarnya melibatkan rentak yang pantas. Ini kerana pemainnya perlu berfikir dan bertindak secara cepat tanpa berlari.

Encik Hatta juga ingin menggalakkan golongan warga senja supaya sertai sukan seperti bola sepak berjalan, terutama sekali mereka yang pernah bersukan dahulu.

Encik Hatta menambah bahawa antara rancangan beliau selanjutnya semasa di England adalah untuk menyertai bengkel kejurulatihan selepas berakhirnya kejuaraan tersebut.

Jurulatih-jurulatih ternama daripada pasukan bola sepak England, Chelsea, dijadualkan akan hadir ke bengkel tersebut.

Baginya banyak ilmu yang boleh ditimba hasil daripada bimbingan jurulatih-jurulatih tersebut.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >