Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SAJIAN KHAS HARI INI: SEMANGAT WATAN

Bekas pesalah hargai peluang kerja di syarikat jual kereta terpakai

Sep 06, 2022 | 05:30 AM



SETELAH dibebaskan dari penjara, Encik Arif (bukan nama sebenar) menghadapi kesukaran mendapatkan pekerjaan stabil.



Ia memaksa beliau menjalankan pekerjaan rencam yang memerlukannya menghabiskan banyak waktu di luar rumah.



Ini mencabar dari segi mental untuk bekas pesalah itu yang sedang berusaha menyara keluarga setelah pembebasannya dan pada masa yang sama menjalani pemulihan.



Hanya setelah Encik Arif, 45 tahun, bertemu pemilik Aziz Ah Oh Motor Trading, barulah beliau akhirnya mendapat pekerjaan tetap dan berasakan masa depan buat dirinya dan keluarga lebih cerah.



"Kita perlu berubah, tapi pada masa yang sama kita tidak boleh melalui pemulihan ini seorang diri. Kita memerlukan sokongan masyarakat," kata bapa tiga anak itu yang sebelum ini keluar masuk penjara empat kali akibat kesalahan berkaitan kegiatan samseng dan pengedaran dadah.



Encik Arif merupakan antara bekas pesalah yang telah meraih manfaat daripada pekerjaan yang ditawarkan syarikat yang menjual kereta terpakai itu.



Baru-baru ini, Aziz Ah Oh Motor Trading melancarkan cawangan keduanya, sambil memberi komitmen bahawa ia akan menggajikan bekas pesalah yang memerlukan pekerjaan setelah dibebaskan dari penjara atau rumah peralihan.



Usaha itu adalah hasil kerjasama dengan Reforming Support Group (RSG), pertubuhan rasmi yang dianggotai bekas pesalah.



Dalam majlis pelancaran yang diadakan di Textile Centre di Jalan Sultan baru-baru ini, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Muhammad Faishal Ibrahim, selaku tetamu terhormat memuji usaha kumpulan sokongan seperti RSG.



Beliau berkata ia memainkan peranan penting kerana bukan hanya menyediakan bimbingan buat bekas pesalah, malah ia turut mewujudkan peluang pekerjaan dengan menjalinkan hubungan dengan perniagaan.



Dr Faishal berbesar hati melihat lebih banyak majikan yang tampil untuk sama-sama menyokong bekas pesalah, yang beliau sifatkan sebagai satu perkembangan positif.



Menurut Dr Faishal, apabila masyarakat secara am berganding bahu dengan bekas pesalah, ia memberi rangsangan tambahan.



"Ia sokongan yang diperkukuh, yang menurut pandangan saya, konsisten dengan pendekatan 'menjangkaui peluang kedua'.



"Peluang ini membolehkan mereka (bekas pesalah) mengisi masa dan membuat kehidupan mereka sibuk supaya mereka boleh memberi tumpuan terhadap pemulihan dan memastikan perhatian mereka tidak terganggu oleh unsur negatif yang boleh mendorong mereka untuk melakukan kesalahan lagi.



"Kita perlu terus melakukan ini... dengan usaha kita untuk mengurangkan kadar kebentanan dalam lima tahun," ujar Dr Faishal ketika ditemui Berita Harian (BH).



Pemilik Aziz Ah Oh Motor Trading, Encik Aziz Abdullah, berkata majikan tidak boleh menyisihkan bekas pesalah dan perlu melihat kekuatan serta kebolehan mereka.



Ini, menurutnya, dapat memberi golongan tersebut permulaan yang baik sedang mereka berusaha untuk kembali ke pangkal jalan.



"Apabila bekas pesalah keluar penjara dan tidak melakukan apa-apa, mereka akan kembali menyertai kawan lama mereka.



"Mereka memerlukan sesuatu untuk mengubah kehidupan dan menjaga keluarga mereka," katanya.




"Kita perlu berubah, tapi pada masa yang sama kita tidak boleh melalui pemulihan ini seorang diri. Kita memerlukan sokongan masyarakat."
- Encik Arif (bukan nama sebenar), bekas pesalah yang sebelum ini keluar masuk penjara empat kali akibat kesalahan berkaitan kegiatan samseng dan pengedaran dadah.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >