Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

ANUGERAH KEBANGSAAN COVID-19

Bekerja dari jauh lakar langkah sokongan niaga semasa Covid-19

Jun 18, 2023 | 05:30 AM



Semasa puncak pandemik Covid-19, Ketua (Program Ekonomi 1) di Kementerian Kewangan (MOF), Encik Asif Iqbal, seperti ramai lain, diarahkan bekerja dari rumah.

Tempoh itu baginya adalah amat mencabar, kerana beliau mempunyai bayi yang baru lahir di rumah dan pada masa yang sama beliau perlu memimpin pasukannya dan bekerja rapat dengan pasukan dan agensi lain di bawah MOF untuk melakar dan melaksanakan langkah sokongan perniagaan kecemasan semasa beberapa pusingan langkah pengurusan selamat pada 2021 dan 2022.

Dalam satu wawancara dengan Berita Minggu baru-baru ini, Encik Asif, 34 tahun, berkongsi tugas yang dilakukannya di belakang tabir itu, yang membawa kesan besar kepada kehidupan dan mata pencarian ramai di Singapura.


Contoh skim yang direka Encik Asif dan pasukannya ialah Skim Sokongan Sewa yang dilaksanakan oleh MOF dan Penguasa Hasil Mahsul Singapura (Iras) pada 2021.

Skim itu diperkenalkan untuk menyokong perniagaan dengan kos sewa. Pemerintah memberi pelepasan sewa kepada syarikat kecil dan sederhana (SME) serta pertubuhan tidak mencari untung (NPO) yang layak dengan pendapatan tahunan tidak melebihi $100 juta, yang merupakan penyewa-penghuni hartanah komersial yang layak.

Perkara yang perlu dilakukan sebelum sebuah langkah sokongan dilahirkan termasuk menganalisis data prestasi ekonomi dan menilai kesan langkah pengurusan selamat yang diusulkan serta mendampingi pihak berkepentingan perniagaan untuk menentukan di mana sokongan paling diperlukan.

Kemudian, Encik Asif dan pasukannya mereka bentuk skim sokongan perniagaan yang sesuai berserta parameter seperti saiz dan kesan fiskal keseluruhannya, benefisiari yang dimaksudkan, kriteria kelayakan dan kawalan mengurangkan risiko.

Selepas skim itu diluluskan dan diumumkan, beliau dan pasukannya perlu bekerjasama rapat dengan agensi pelaksana untuk memastikan prosedur kewangan yang diperlukan dijalankan bagi memastikan pelaksanaan yang lancar dan baik.

Encik Asif menerima Sijil Kepujian Presiden (Covid-19). Sijil itu dianugerahkan kepada pertubuhan dan pasukan yang melakukan usaha luar biasa yang memberi kesan besar dalam perjuangan Singapura menentang virus itu.

Bagi Encik Asif, yang juga Timbalan Pengarah (Perancangan Ekonomi) di MOF, antara cabaran yang dihadapinya dalam tempoh itu termasuk bekerja dari jauh dengan pelbagai agensi untuk menghasilkan skim-skim itu, pada garis masa yang sangat padat.

“Proses yang biasanya mengambil masa beberapa bulan sebelum Covid-19 terpaksa dimampatkan kepada beberapa minggu, tanpa menjejaskan mutu produk atau skim itu.

“Mujur MOF mempunyai budaya pasukan yang kuat dan sokongan padu untuk pegawai, yang pastinya membantu saya mengatasi beberapa cabaran ini,” kata Encik Asif.

“Pengurusan juga proaktif dalam bekerja rapat dengan pelbagai pasukan untuk membuat keputusan yang baik, menggunakan pendekatan yang ditentukur risiko untuk memastikan sokongan sampai kepada pihak berkepentingan yang betul tepat pada masanya,” tambahnya.

Cabaran lain yang dihadapinya ialah rasa takut terhadap perkara yang tidak diketahui.

“Kami tidak tahu sama ada tindakan yang kami ambil adalah tindakan yang sesuai, memandangkan krisis yang sangat dinamik yang kami hadapi itu,” kata Encik Asif.

“Perpaduan dan kesediaan pertubuhan kami untuk mengambil langkah berani dan membetulkan haluan apabila perlu meyakinkan saya bahawa kami berada di landasan yang betul. Ia juga terbukti kepada orang ramai, dengan MOF membentangkan beberapa belanjawan pada 2020 dan 2021 untuk memastikan sokongan sampai kepada mereka yang paling memerlukannya,” tambahnya.

Secara peribadi, Encik Asif berkata bekerja dari rumah dalam tempoh pandemik itu adalah sangat mencabar, terutama dengan bayi yang baru lahir di rumah dan beliau amat berterima kasih di atas sokongan daripada isteri dan keluarga sedang beliau mengimbangi tanggungjawab keibubapaan dan kerjanya.

Encik Asif berkata kepuasan terbesar daripada kerja kerasnya dalam tempoh itu adalah mengetahui bahawa, “dengan setiap sumbangan kami, kami dapat menyusun langkah-langkah yang diperlukan untuk menyelamatkan kehidupan dan mata pencarian”.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >