Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belia akui cabul dua adik perempuan berkali-kali

Oct 17, 2023 | 03:52 PM



Seorang remaja lelaki yang berusia 12 tahun pada 2018 telah mencabul kehormatan adik perempuannya yang dikenali dalam dokumen mahkamah sebagai V1.

Belia itu juga mengadakan hubungan seks dengan V1 sebelum kemudian mencabul kehormatan seorang lagi adik perempuannya, V2, dalam beberapa kejadian pada 2020 dan 2021.

Kedua-dua mangsa kini berusia 14 dan 15 tahun, lapor The Straits Times.


Lelaki itu yang kini berusia 18 tahun mengaku bersalah pada Selasa, kerana melakukan seks dengan V1 dan mencabul kehormatan V2.

Lima lagi pertuduhan kesalahan seksual melibatkan kedua-dua mangsa akan ditimbang hakim semasa menjatuhkan hukuman.

Atas perintah mahkamah, pesalah tidak boleh dinamakan, bagi melindungi identiti mangsa.

Timbalan Pendakwa Raya R. Arvindren dan Etsuko Lim menyatakan dalam dokumen mahkamah bahawa pesalah itu tinggal bersama adik-adik perempuannya dan ibu mereka.

Dia dan adik-adiknya itu tidur di atas tilam di ruang tamu. Dia mula melakukan kesalahan seksual terhadap V1 pada 2018 ketika V1 sedang tidur dengan mencabul kehormatannya.

Dia melakukan seks dengan V1 lebih kurang lima kali antara 2018 dan 2019.

Lelaki itu pula kali pertama mencabul kehormatan V2 pada 2020 ketika dia berusia 11 tahun.

Kesalahan-kesalahannya terbongkar pada 2021 apabila V1 memberitahu teman lelakinya tentang pengalaman pahit yang telah dilaluinya.

Teman lelaki itu memberitahu seorang guru yang memaklumkan pihak sekolah. V1 akhirnya membuat laporan polis pada 31 Ogos 2021.

Mahkamah pada Selasa meminta laporan untuk menilai kesesuaian pesalah melalui probesen dan latihan pemulihan akhlak.

Pesalah yang diarahkan menjalani latihan pemulihan akhlak itu ditahan di pusat latihan di mana mereka diwajibkan mematuhi rejimen ketat dan kaunseling.

Pesalah dijangka dijatuhkan hukuman pada November ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >