Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jasa baik dua pekerja migran punggah motosikal yang rosak dihargai

Jun 09, 2023 | 09:58 PM



Apabila Encik Faiz Roslan menghulurkan wang kepada dua pekerja migran atas bantuan membawa motosikalnya ke bengkel di atas lori mereka, ia ditolak dengan penuh rendah hati.

Demikian pengalaman Encik Faiz tatkala motosikalnya rosak semasa dalam perjalanan pulang sekitar 7 petang pada Rabu.

Semasa dihubungi Berita Harian (BH), pengasas bersama perusahaan sosial F-Fry itu menyatakan beliau berada di Jalan Bahar dan sedang menunggu lampu isyarat.


Namun, motosikalnya kemudian tidak dapat dihidupkan semula dan beliau menolaknya ke tepi untuk memeriksanya.

“Oleh kerana saya masih tidak dapat memulakannya, saya buat keputusan untuk tolak sahaja motor ke bengkel terdekat,” ujarnya.

Namun sekitar 10 minit beliau menolak motosikalnya, dua pekerja migran, yang menurutnya sedang dalam perjalanan ke Little India, berhenti untuk memberi bantuan.

Kedua-dua pekerja migran itu menawarkan untuk membawa beliau dan motosikalnya ke bengkel terdekat, iaitu di sekitar Sungei Kadut.

Beliau bersama pekerja migran tersebut memunggah motosikal itu di belakang lori dan kemudian menurunkannya setelah sampai di lokasi.

Menurut catatan Instagram perusahaan sosialnya, apabila beliau ingin memberi wang sebagai tanda penghargaan kepada pekerja sedemikian, mereka menolaknya.

Malah, Encik Faiz menambah beliau tidak sempat mendapatkan nama penuh mahupun syarikat pekerjaan mereka.

“Daripada anggaran yang diberikan kepada saya oleh jurubengkel, saya barangkali perlu keluarkan belanja $40 bagi kos penundaan.

“Terima kasih kerana membantu,” kata beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >