Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Belia S’pura diberi sokongan NParks mulakan rangkaian perdagangan hidupan liar mampan

Nov 06, 2023 | 07:08 PM



Belia Singapura, dengan sokongan Lembaga Taman Negara (NParks), akan memulakan ‘Convention on International Trade in Endangered Species of Wild Fauna and Flora (CITES) Global Youth Network (CGYN)’, menurut laporan NParks pada Isnin.


Konvensyen itu bertujuan menyediakan platform perkongsian ilmu dan rangkaian bagi melengkapkan belia dengan keupayaan untuk lebih memahami selok-belok perdagangan hidupan liar yang mampan dari peringkat awal.

Ia penting kerana mereka akan mengambil alih tugas pemuliharaan hidupan liar, memaklumkan dan mempengaruhi usaha pemuliharaan di negara mereka, serta membantu kita bergerak ke masa depan yang lebih mampan.

Ahli pengasas CGYN akan menganjurkan Sidang Kemuncak Belia Global yang akan diadakan pada 2025 di Singapura buat julung kalinya.

Tambahan lagi, Encik Desmond Lee, Menteri Pembangunan Negara merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Integrasi Khidmat Sosial, juga berkata:

“Saya gembira melihat anak muda Singapura kita menyokong usaha memerangi perdagangan hidupan liar yang haram di peringkat antarabangsa.

“Usaha ini memperkukuh komitmen Singapura terhadap perjuangan antarabangsa untuk menentang perdagangan hidupan liar yang haram dan kami akan terus lakukan bahagian kami.”

Selain itu, sebagai sebahagian usaha Singapura menangani perdagangan hidupan liar haram, pusat NParks untuk Forensik Hidupan Liar (CWF) telah membuat genotip pada 2,346 sisik tenggiling dengan menggunakan kaedah genotaip yang lebih pantas dan menjimatkan kos.

Kajian ini bukan sahaja memberikan pandangan tentang asal geografi sisik tenggiling, malah menerangkan bagaimana metodologi yang sama boleh digunakan dengan untuk genotip hidupan liar yang lain.

Hasil penemuan kajian ini telah dikongsi secara terbuka supaya komuniti antarabangsa, penguatkuasa undang-undang, dan organisasi pemuliharaan boleh menggunakannya untuk menangani kawasan panas bagi pemburuan haram dengan lebih berkesan dan membendung perdagangan hidupan liar haram.

Usaha sebegini akan membantu memastikan masyarakat yang giat mendorong untuk pemuliharaan hidupan liar dan meningkatkan peranan Singapura sebagai pemain aktif dalam perjuangan rentas negara terhadap perdagangan hidupan liar yang haram.

Inisiatif ini menyokong usaha antarabangsa yang sejajar dengan strategi Singapura untuk memerangi perdagangan hidupan liar haram melalui penyelidikan, pendidikan, perundangan, dan pendekatan penguatkuasaan keseluruhan pemerintah.

Turut berlangsung kini adalah Sidang United for Wildlife Global 2023, pada 6 dan 7 November 2023. Diasaskan oleh Putera William dan Yayasan Diraja Putera dan Puteri Wales pada 2014, United for Wildlife bertujuan untuk menyulitkan pengedar untuk mengangkut, membiayai atau mengaut keuntungan daripada produk hidupan liar haram.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >