Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

MASJID JAMAE CHULIA

Berwakaflah untuk masa depan masjid tertua Singapura

Aug 11, 2023 | 06:00 AM



Dalam usaha meneruskan warisan keagungan dan memastikan kelangsungan masjid tertua di Singapura, Masjid Jamae Chulia mengambil daya usaha dengan melancarkan semangat “berwakaflah sebagai gaya hidup dan tanda kesyukuran”.

Pengerusi Masjid Jamae Chulia, Encik Rasheed Zaman Mohamed Rashad, berkata projek ini sejajar dengan prinsip berwakaf yang diamalkan oleh umat Islam sejak zaman dahulu untuk mengekalkan kelangsungan pusat ibadah.

Beliau menegaskan bahawa berwakaf bukan sahaja melibatkan harta, bahkan semangat sukarela dan tekad dalam mewujudkan ruang yang kondusif untuk menjalankan ibadah.

“Projek peningkatan ini adalah satu peluang untuk kita semua berwakaf dan menunjukkan kesyukuran kita kepada Allah sambil turut menjaga kepentingan bersama dalam memastikan masjid ini tetap berdiri sebagai tempat ibadah yang bermakna,” kata Encik Rasheed.

Masjid Jamae Chulia, yang wujud sejak tahun 1826 dan diwartakan sebagai Monumen Negara pada tahun 1974, adalah tempat jemaah daripada pelbagai bangsa dan agama berkumpul untuk melaksanakan ibadah dan mencari ilmu agama.

Projek peningkatan ini merangkumi pelbagai aspek, termasuk pemasangan penghawa dingin untuk keselesaan jemaah, penambahan bilik darjah untuk pendidikan agama, dan peningkatan kemudahan untuk warga emas dan kurang upaya.

Sejak pelaksanaan kerja peningkatan awal tahun ini, pihak masjid berjaya mengumpul dana sebanyak $1.07 juta daripada anggaran yang diperlukan. Namun, usaha ini masih memerlukan sumbangan $1.9 juta untuk mencapai matlamat dana keseluruhan berjumlah $3 juta.

“Projek ini usaha bersama kita sebagai masyarakat untuk menyediakan ruang ibadah lebih baik dan kondusif. Marilah kita berwakaf setulus ikhlas dan libatkan diri dalam memastikan warisan Islam dan pusat ibadah kita terus berkembang,” jelasnya.

Cara hulur sumbangan kepada Masjid Jamae Chulia


+ Pemindahan bank ke dalam akaun semasa OCBC 517-070041-002.

+ Hantarkan cek kepada Masjid Jamae Chulia melalui pos ke alamat 218, South Bridge Road, Singapura 058767.

+ Derma langsung di pejabat masjid. Hubungi talian 6221-4165 atau WhatsApps ke talian 9297-4192. Sila buat janji temu sebelum datang ke masjid.

+ Sila imbas kod QR yang tertera.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >