Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Bilangan pekerja sektor tenaga bersih S’pura dijangka naik 80% jelang 2032

Jul 07, 2023 | 08:05 PM



Sedang peralihan tenaga Singapura mempertingkatkan rentaknya, tenaga kerja bagi sektor tenaga bersih dijangka bertambah sebanyak 80 peratus menjelang 2032, mencecah sekitar 2,700 pekerja.

Sektor tenaga juga dijangka berkembang dengan menggajikan sekitar 800 lagi pekerja – mencerminkan pertumbuhan 13 peratus – dengan pekerjaan dalam pengaliran elektrik dan huraian pengedaran, alternatif rendah karbon, tenaga suria, dan grid bijak.

Ini merupakan sebahagian daripada hasil Tinjauan Tenaga Manusia Sektor Tenaga Penguasa Pasaran Tenaga (EMA) 2022, yang didedahkan di acara Inovasi Tenaga 2023 yang berlangsung di Marina Bay Sands pada Jumaat.

Tinjauan itu juga mendapati bahawa penduduk Singapura pada masa ini membentuk sekitar 83 peratus daripada jumlah pekerja sektor tenaga bersih, yang dianggarkan mempunyai sekitar 1,500 pekerja pada 2022.

“Pertumbuhan tenaga kerja yang diramalkan merupakan petanda baik bagi peluang pekerjaan yang ada bagi penduduk Singapura,” kata EMA dalam satu kenyataan.

Bercakap di acara tersebut, Menteri Negara (Perdagangan dan Perusahaan), Cik Low Yen Ling, akur bahawa dalam masa akan datang apabila Singapura mengerahkan hidrogen dan teknologi penghasilan berkuasa amonia, pekerja yang boleh mengendali dan menyenggara loji-loji kuasa akan diperlukan.

Negara ini juga sedang mendorong ke arah inovasi tenaga, sedang sektor tenaga Singapura menyumbang kepada sekitar dua perlima daripada keseluruhan pengeluaran hari ini.

Sebagai contoh, sedang Singapura merancakkan kerahan surianya untuk mencapai sekurang-kurangnya kemuncak dua gigawatt menjelang 2030, negara ini perlu juga menangani masalah tenaga suria yang terputus-putus, seperti akibat dilindungi awan atau teduhan, kata Cik Low.

Justeru, sistem penyimpanan tenaga adalah penting.

Ia bertindak bak bateri yang membantu menyimpan lebihan tenaga suria semasa permintaan rendah, dan menawarkan sumber tenaga tambahan semasa permintaan tinggi.

Dengan itu, EMA melancarkan geran kedua bagi huraian penyimpanan tenaga pada Jumaat bagi menggalakkan industri dan penyelidik untuk membangunkan sama huraian yang selamat, berdaya saing dari sudut kos dan cekap dari sudut ruang.

Sembcorp mengerahkan huraian penyimpanan pertama sebanyak 285 megawatt – sejam (MWh) di Pulau Jurong pada 2022 dalam tempoh hanya enam bulan.

Sehingga kini ia merupakan yang terbesar di Asia Tenggara dan terpantas di dunia berdasarkan saiznya yang dikerah, kata Cik Low.

Sistem penyimpanan bateri itu juga boleh menyediakan rizab kepada grid kuasa, yang boleh membebaskan loji-loji penghasilan kuasa untuk menghasilkan lebih banyak elektrik bagi memenuhi permintaan apabila perlu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >