Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ekonomi digital sumbang 17.3% pertumbuhan ekon SG, wujudkan lebih 200,000 kerja pada 2022

Oct 06, 2023 | 07:48 PM



Ekonomi digital menyumbang sekitar 17.3 peratus kepada pertumbuhan ekonomi Singapurar dan mewujudkan lebih 200,000 pekerjaan dalam bidang teknologi, menurut data baru yang dikeluarkan pada Jumaat.

Perangkaan itu – ukuran rasmi saiz ekonomi digital Singapura yang dilakukan buat julung-julung kalinya – disiarkan dalam satu laporan oleh Penguasa Pembangunan Infokom Media (IMDA) dan Sekolah Dasar Awam Lee Kuan Yew.

Laporan tersebut menunjukkan ekonomi digital Singapura berkembang dalam tempoh lima tahun dari 2017 hingga 2022.

Sumbangan ekonomi digital kepada pertumbuhan Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) meningkat daripada 13 peratus kepada 17.3 peratus – naik sekali ganda daripada $58 bilion kepada $106 bilion.

Ini selaras dengan ekonomi terbuka lain, seperti di Estonia, Sweden dan United Kingdom, menurut kenyataan IMDA.

Ekonomi digital tumbuh pada kadar kompaun tahunan 12.9 peratus setiap tahun sejak 2017, mengatasi ekonomi keseluruhan.

Bilangan pekerjaan dalam bidang teknologi juga meningkat, daripada sekitar 155,500 kepada 201,100 dalam tempoh lima tahun.

Ini bermakna jumlah karyawan bidang teknologi meningkat daripada 4.2 peratus kepada 5.2 peratus.

Permintaan kukuh bagi pekerja dalam bidang teknologi memberi manfaat kepada pekerja tempatan, menurut IMDA.

Lebih 70 peratus pekerjaan dalam bidang teknologi dijawat warga Singapura dan Penduduk Tetap (PR), dan gaji yang diberi juga kompetitif.

Gaji bulanan median karyawan bidang teknologi ialah $7,376 tidak termasuk sumbangan majikan kepada Tabung Simpanan Pekerja (CPF) dan bonus, meningkat daripada $5,512 pada 2017.

Ia jauh lebih tinggi berbanding gaji bulanan median penduduk secara keseluruhan, iaitu $4,500 tidak termasuk sumbangan majikan kepada CPF.

Peranan dalam bidang sofwe dan aplikasi, seperti jurutera aplikasi dan sofwe, membentuk sebahagian besar pertumbuhan tinggi pekerjaan dalam bidang teknologi.

Namun, peranan dalam pengkomputeran awan, rangkaian dan infrastruktur, pengurusan serta pembangunan produk turut berkembang.

“Meskipun pemberhentian kerja dalam bidang teknologi yang berlaku pada 2022/2023 menjejas Singapura serta hab teknologi lain di seluruh dunia, permintaan karyawan bidang teknologi akan terus kekal tinggi dengan ekonomi menjalani digitalisasi,” ujar laporan itu lagi.

Sementara itu, nilai yang ditambah daripada pelaburan modal digital dalam sektor lain meningkat daripada $39 bilion pada 2017 kepada $73 bilion pada 2022. Ini membentuk 11.9 peratus GDP Singapura.

Sebahagian besar daripada sumbangan tersebut datang daripada sektor kewangan dan insurans, perdagangan borong dan sektor pengeluaran.

Lebih separuh pekerjaan digital pada 2022 datang daripada luar sektor perhubungan dan maklumat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >