Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Ciptaan robot ‘dipandu’ minat dan sokongan ibu bapa

May 22, 2023 | 02:33 PM



SEJAK kecil, Encik Muhammad Haziq Roslan meminati pembelajaran berkaitan kenderaan seperti trak dan kapal terbang serta pembangunan dan reka bentuk bangunan.

Selepas tamat pengajian Sijil Am Pelajaran (GCE) peringkat ‘N’, beliau mengambil kursus mekatronik di Politeknik Temasek.

“Mula-mula saya ragu sama ada ingin ambil kursus mekanikal atau elektronik. Tapi selepas berfikir, mekatronik menggabung kedua-dua bidang tersebut dan memberi saya lebih banyak peluang untuk menggunakan tangan,” kata Encik Muhammad Haziq, 21 tahun, graduan Politeknik Temasek yang sedang menunggu perkhidmatan negara itu.

Baru-baru ini, beliau telah menyerahkan empat peranti mudah alih ciptaan beliau bersama pensyarah kanan Politeknik Temasek, Encik Peter Lim, kepada Penguasa Pengangkutan Darat (LTA).

Peranti Pemeriksaan Bahagian Bawah Kenderaan (VID) merupakan robot yang dapat memeriksa bawah kenderaan untuk mengesan sebarang pengubahsuaian haram yang dilengkapi kamera.

Penghasilan peranti itu bermula semasa Encik Haziq menjalani latihan amali di Pusat Aplikasi Robotik di Politeknik Temasek dan mengambil sekitar enam bulan untuk dihasilkan.

VID ini berperanan untuk mengesan ubah suai yang mungkin membahayakan keselamatan dan alam sekitar.

“Saya terharu kerana tidak sangka VID ini akan digunakan oleh LTA pada skala yang besar dan saya tidak tahu sama ada VID ini akan berjaya,” jelas beliau.

Menurut kenyataan LTA, pihaknya akan mengerahkan empat VID tersebut menjelang akhir Mei untuk mengesan sebarang pengubahsuaian haram seperti tanda kimpalan.

Sebanyak 14 VID dianggarkan dihantar kepada LTA sebelum akhir 2023.

Menurut Encik Haziq, pengalaman menghasilkan peranti itu amat berharga kerana beliau berpeluang mengasah kemahiran teknikal dan sosial yang telah membantunya meningkatkan keyakinan diri.

“Semasa latihan amali, saya tahu bahawa terdapat banyak pembelajaran walaupun kadang-kadang sukar. Saya banyak mempelajari selok-belok menggunakan perisian dan perkakasan daripada mereka yang berpengalaman,” jelas beliau yang terpaksa mempelajari perisian baru untuk projek ini.

Walaupun sudah tamat latihan amali, beliau masih meneruskan penghasilan VID.

“Saya tahu pengalaman dan penciptaan peranti ini amat bermanfaat terhadap pembelajaran saya, jadi saya tetap mengambil masa selepas latihan amali untuk menghasilkan peranti tersebut,” tambah beliau.

Selain menghabiskan VID pada masa lapangnya, beliau juga perlu menghabiskan projek akhir tahun yang melibatkan robot untuk syarikat lain dan menghabiskan tugasan sekolah.

“Kadang-kadang, saya rasa tertekan tetapi saya rasa bertanggungjawab atas semua projek saya dan saya tetap ingin menghabiskan kesemuanya,” jelas beliau.

Encik Haziq berharap ciptaan dan minat terhadap industri kejuruteraan dapat digunakan untuk membantu orang lain seperti ibu bapanya.

“Ibu bapa saya selalu menekankan bahawa kita perlu berbuat baik dan membantu sebanyak mungkin agar dapat memudahkan urusan orang lain,” kata anak kedua daripada tiga adik beradik itu.

Beliau berkata ibu bapanya merupakan orang kuatnya kerana mereka selalu mendengar luahannya dan perkongsian tentang projek-projeknya walaupun mereka bukan jurutera.

Encik Muhammad Haziq telah mendapat tempat di Universiti Teknologi dan Reka Bentuk Singapura (SUTD) bagi bidang Pembangunan Produk Kejuruteraan (EPD) dan akan menyambung pengajian pada 2025.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >