Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Cubaan pancing data naik lebih dua kali ganda pada 2022

Jun 23, 2023 | 10:00 AM



Jumlah percubaan memancing data yang dilaporkan kepada Pasukan Tindak Balas Kecemasan Komputer Singapura (SingCert) naik lebih dua kali ganda kepada 8,500 kes pada 2022 daripada 3,100 kes pada 2021, dengan kebanyakan biasanya berlaku dalam sektor perkhidmatan kewangan dan perbankan, pemerintah serta logistik.

Lebih 80 peratus laman pancingan data menyamar sebagai entiti dalam sektor perkhidmatan kewangan dan perbankan, dedah Agensi Keselamatan Siber (CSA) Singapura menerusi laporan Landskap Siber Singapura 2022 pada Jumaat.

CSA berkata sektor itu selalu menjadi sasaran kerana ia merupakan institusi boleh dipercayai yang menyimpan maklumat sensitif dan berharga seperti butiran peribadi dan log masuk.

Secara keseluruhan, kenaikan percubaan memancing data itu mencerminkan trend global, dengan beberapa vendor keselamatan siber menyaksikan bahawa kegiatan memancing data naik dengan banyak pada 2022, kata CSA.

Namun, jumlah kejadian perisian tebusan, peralatan yang terjangkit, serta kerosakan laman web yang berlaku di Singapura berkurang dari 2021 hingga 2022.

Sementara jumlah kes perisian tebusan yang dilaporkan jatuh sedikit dari 137 kes pada 2021 ke 132 kes pada 2022 di Singapura, CSA berkata ia kekal sebagai keprihatinan utama kerana kira-kira satu kes dilaporkan setiap tiga hari secara purata.

Kes itu kebanyakannya menjejas syarikat kecil dan sederhana (SME) daripada sektor seperti perkilangan dan runcit kerana ia memegang data berharga dan juga Hak Intelektual (IP), yang digunakan penjenayah siber untuk memeras ugut bagi keuntungan kewangan.

Secara global, kejadian perisian tebusan menyaksikan kenaikan sebanyak 13 peratus.

Peralatan yang terjangkit – alat terjejas dalam ruang siber Singapura yang disalah guna penyerang bagi tujuan jahat – juga menyaksikan kemerosotan sebanyak 13 peratus dari 2021 hingga 2022.

Manakala itu, kerosakan laman web jatuh sebanyak 19 peratus dalam tempoh yang sama, dengan kebanyakan mangsa merupakan SME.

“Trend yang merosot ini mungkin boleh dikaitkan kepada kegiatan penggodaman berpindah ke wadah lain yang berpotensi mempunyai jangkauan lebih luas, seperti media sosial,” kata CSA.

Laporan Landskap Keselamatan Siber turut mengemukakan beberapa trend untuk dipantau, antaranya kesan kecerdasan buatan (AI).

Sedang AI menjadi semakin mudah diakses dan maju, pelaku mungkin mempergunakan teknologi itu bagi kegiatan jahat.

Mereka juga boleh menjadi semakin kreatif dalam mengambil alih akaun, melakukan penipuan perniagaan atau menjejas reputasi sebuah pertubuhan, menurut CSA.

Dalam usaha memperkukuh kedudukan keselamatan siber di Singapura, CSA bakal melancarkan kempen keselamatan siber kebangsaan baru lewat tahun ini, memberi tumpuan ke arah meningkatkan kesedaran dan menggalakkan amalan keselamatan siber yang baik.

Kempen nasional itu menambah kepada usaha sedia ada untuk menyasarkan pelbagai pihak berkepentingan termasuk pelajar dan warga emas di bawah Program SG Cyber Safe Students dan SG Cyber Safe Seniors.

Pesuruhjaya Keselamatan Siber dan Ketua Eksekutif CSA, Encik David Koh berkata tahun 2022 menyaksikan peningkatan dalam ancaman siber yang didorong konflik geopolitik serta peluang jenayah siber sedang sekatan Covid-19 semakin longgar.

Sementara teknologi memuncul seperti Chatbots mendatangkan peluang, terdapat keperluan menangani risiko yang mendampinginya.

“Pemerintah akan terus meningkatkan usaha melindungi ruang siber kita, tetapi kita perlukan perniagaan serta individu memainkan peranan mereka juga, supaya kita dapat meraih manfaat sepenuhnya daripada masa depan digital kita,” ujarnya.

ANCAMAN SIBER DI SINGAPURA 2022

  • Percubaan pancingan data: 8,500
    - Naik sebanyak 174% dari 2021
    - Mencerminkan trend global
    - Paling banyak terjejas ialah sektor perkhidmatan kewangan dan perbankan, pemerintah dan logistik
  • Kejadian perisian tebusan (ransomware): 132
    - Jatuh 4% dari 2021
    - Jumlah kes secara tempatan kekal tinggi, di tengah-tengah pertumbuhan berterusan secara global
    - Sasaran tertinggi ialah SME dalam perkilangan dan runcit
  • Prasarana terjangkit: 81,500 sistem
    - Jatuh 13% dari 2021
    - Kemerosotan di Singapura, walaupun terdapat lonjakan di serata dunia
    - Bahagian global Singapura bagi prasarana dijangkiti jatuh dari 0.84% pada 2021 ke 0.34% pada 2022
  • Kerosakan laman web: 340
    - Jatuh 19% dari 2021
    - Penurunan sederhana secara tempatan, mencerminkan trend global



Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >