Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dari ‘Getaran Jiwa’ hingga ‘Zombie’: Tharman dedah senarai lagu kegemaran di Spotify

Aug 24, 2023 | 09:45 PM



Dari zaman kegemilangan tahun 50-an arena muzik Melayu kepada bintang pop semasa abad ke-21, calon Presiden Encik Tharman Shanmugaratnam baru-baru ini mendedahkan senarai lagu yang beliau gemari dalam satu rakaman podcast tempatan.

Menjawab soalan hos Joel Lim yang mengendalikan platform Political Prude - sebuah podcast politik bagi belia, Encik Tharman berkata, senarai lagu atau playlist itu merangkumi lagu yang menyentuh sekitar lima dekad dan disumbang isteri dan anak-anaknya.


Senarai lagu tersebut dinamakan This Is Tharman, yang antara lain mengandungi Getaran Jiwa oleh P. Ramlee - yang turut dinyanyikan beliau semasa upacara pelancaran kerja naik taraf Geylang Serai bari-baru ini - boleh didengari menerusi Spotify.


Ia juga mengandungi lagu rok 80an berjudul Zombie oleh The Cranberries, lagu oleh legenda gitar, Jimi Hendrix, The Wind Cries Mary, Space Oddity oleh David Bowie, serta lagu pop Yellow oleh Coldplay, Flowers dari Miley Cyrus dan lagu hari kebangsaan Home oleh Kit Chan.


Lim dalam podcast diterbit Jumaat lalu bertanya kepada Encik Tharman, sama ada sekiranya beliau bergelar presiden, mantan menteri kanan itu akan mengeluarkan senarai lagu setiap hujung tahun persis dilakukan mantan presiden Amerika Syarikat Encik Barrack Obama.

Encik Tharman berkata: “Ia akan meliputi beberapa dekad namun saya perlu menyatakan bahawa muzik zaman ke-70an agak cool. Bukan setakat bagi orang tua sahaja.”


“Sebahagian sumbangan senarai lagu ini datang dari isteri saya, serta pengaruh anak-anak saya,” tambah bapa empat anak berusia 66 tahun itu.

Dalam pilihannya turut termasuk lagu berbahasa asing seperti Te Recuerdo Amanda oleh penggiat seni dan aktivis politik Chile, mendiang Victor Jara dan Sodade dinyanyikan Cesária Évora dari Cape Verde, yang membesar dalam keadaan susah, menurut Encik Tharman.


Menyentuh tentang lagu hari kebangsaan Home, beliau menganggapnya sebagai lagu hari kebangsaan kegemarannya. Namun Lim berkata itu satu lagu disukai ramai.


“Saya rasa Home itu lebih beremosi, tidak begitu menyemarak semangat sangat, tetapi ia menyentuh emosi kami. Saya akan tetap pilih Home sebab ia akan berkekalan,” tambahnya sambil bersetuju dengan Lim ia adalah “lagu kebangsaan kedua” negara ini.


Encik Tharman kini sedang berada dalam persaingan tiga penjuru pilihan raya presiden.

Calon lain adalah mantan ketua pegawai eksekutif NTUC Income, Encik Tan Kin Lian, dan mantan ketua pegawai pelaburan GIC, Encik Ng Kok Song.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >