Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Wong dilantik sebagai pengerusi MAS dan jawatankuasa di GIC

Jul 03, 2023 | 06:26 PM



Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, akan mengambil-alih tugas Menteri Kanan merangkap Menteri Penyelaras bagi Dasar Sosial, Encik Tharman Shanmugaratnam, sebagai pengerusi Penguasa Kewangan Singapura (MAS) dan sebuah jawatankuasa di Perbadanan Pelaburan Pemerintah (GIC).

MAS mengumumkan pada Isnin bahawa pelantikan Encik Wong akan berkuatkuasa pada 8 Julai hingga 31 Mei 2026. Encik Wong menyandang jawatan Timbalan Pengerusi bank pusat itu sejak Jun 2021 dan merupakan anggota lembaga dari Jun 2011 hingga Ogos 2016.

Encik Tharman telah menyandang jawatan Pengerusi MAS sejak Mei 2011 dan akan mengundur diri pada 8 Julai.

Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong, akan dilantik sebagai Timbalan Pengerusi mulai 8 Julai hingga 31 Mei 2026.

Secara berasingan, GIC mengumumkan pada Isnin bahawa Encik Wong akan dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Strategi Pelaburan mulai 7 Julai. Ini menyusuli langkah Encik Tharman mengundur diri sebagai Timbalan Pengerusi GIC dan pengerusi jawatankuasa berkenaan.

Encik Wong merupakan pengarah Lembaga GIC sejak November 2018 dan anggota Jawatankuasa Strategi Pelaburan sejak Ogos 2017.

Encik Tharman pula adalah Timbalan Pengerusi GIC sejak 2019 dan pengerusi jawatankuasa itu sejak 2011.

Jawatankuasa ini membantu Lembaga GIC dalam menilai usulan pihak pengurusannya berkenaan peruntukan aset dan prestasi portfolio secara menyeluruh.

GIC tidak mengumumkan siapa akan menggantikan Encik Tharman sebagai timbalan pengerusi.

Pada 8 Jun, Encik Tharman mengumumkan bahawa beliau akan mengundur diri daripada kesemua jawatan pemerintah dan akan tampil sebagai calon bagi pilihan raya Presiden akan datang.

Pilihan raya itu perlu diadakan sebelum penghujung penggal enam tahun Presiden Halimah Yacob sebagai Presiden tamat pada 13 September.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >