Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

DPM Wong: Kemenangan Tharman adalah undi keyakinan bagi masa depan S’pura

Sep 02, 2023 | 08:04 PM



Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, mengucapkan tahniah kepada Encik Tharman Shanmugaratnam atas kemenangannya dalam Pilihan Raya Presiden 2023

Dalam catatan Facebooknya pada Sabtu, Encik Wong berkata beliau mengalu-alukan khidmat dan kepimpinan Encik Tharman sebagai Ketua Negara Singapura.

“Seperti yang dikatakan oleh Encik Tharman, keputusan pilihan raya adalah undi keyakinan terhadap masa depan Singapura, dan petanda baik untuk kestabilan dan perpaduan yang kita semua inginkan untuk negara kecil kita.

“Saya mengalu-alukan khidmat dan kepimpinannya sebagai Ketua Negara – mengukuhkan solidariti kita sebagai sebuah negara, membawa yang terbaik untuk rakyat kita dan mewakili kepentingan kita di luar negara!” kata Encik Wong.

Selain itu, beberapa pemimpin negara, termasuk Timbalan Perdana Menteri, Encik Heng Swee Keat, dan Menteri Kanan, Encik Teo Chee Hean, turut merakamkan ucapan tahniah buat Encik Tharman.

Dalam catatan Facebooknya, Encik Heng berkata beliau percaya Encik Tharman akan melakukan yang terbaik untuk menyatukan rakyat Singapura dan mempromosi Singapura ke luar negara.

“Dengan pengalaman bertahun-tahun dalam perkhidmatan awam, termasuk dalam bidang kewangan dan fiskal, beliau berada pada kedudukan yang baik untuk melaksanakan fungsi jagaan bagi melindungi pelantikan perkhidmatan sektor awam dan rizab kita.

“Saya mengalu-alukan kecemerlangan Encik Tharman dalam bekerjasama dengan pemerintah dan rakyat Singapura untuk membawa Singapura ke hadapan!” kata Encik Heng.

Encik Teo, selaku Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara, dalam catatan Facebooknya pada Sabtu, berkata: “Rakyat Singapura telah memilih seorang yang berkebolehan dan komited untuk jawatan tertinggi negara kita.

“Ini adalah petanda baik untuk tadbir urus yang baik dan kestabilan yang berterusan untuk masa depan Singapura dan kesejahteraan kita semua.”

Pada Sabtu, beberapa Anggota Parlimen (AP) Parti Tindakan Rakyat (PAP) turut merakamkan ucapan tahniah buat Encik Tharman. Antaranya Encik Yip Hon Wen (Yio Chu Kang), Encik Ang Wei Neng (GRC Jurong), dan Encik Alex Yam (GRC Marsiling-Yew Tee).

Turut merakamkan penghargaan dan ucapan tahniah mereka di Facebook adalah Menteri Pendidikan, Encik Chan Chun Sing, dan Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Pembangunan Negara), Encik Tan Kiat How, yang juga memberikan kata penghargaan kepada pegawai pilihan raya dan sukarelawan yang telah bekerja keras untuk memastikan semua proses pilihan raya berjalan dengan lancar.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >