Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dua lagi pelajar madrasah dianugerah Biasiswa Syed Isa Semait

Aug 21, 2023 | 07:02 PM



Dua lagi lulusan madrasah sepenuh masa menerima Biasiswa Syed Isa Semait (SISS) untuk memburu ijazah pertama mereka dalam pengajian Islam di luar negara.

Mereka ialah lulusan Madrasah Alsagoff Al-Arabiah, Cik Haninah Rehan, 19 tahun, yang berminat menceburi bidang bahasa dan sastera Arab, serta lulusan Madrasah Aljunied Al-Islamiah, Cik Siti Nur Fatimah Abdul Rashid, 19 tahun, yang mahu mendalami bidang fiqah.

Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, menyampaikan biasiswa itu dalam satu majlis pada Isnin.

Encik Masagos berkata biasiswa itu mengiktiraf pelajar madrasah yang bukan sahaja cemerlang dalam pelajaran mereka, malah menunjukkan sifat kepimpinan dan dedikasi yang tinggi dalam khidmat kepada masyarakat.

“Biasiswa seperti ini memberi asatizah kita satu permulaan yang baik untuk mencapai aspirasi mereka, serta dilengkapi dengan kemahiran untuk memimpin dan membimbing masyarakat mengharungi pelbagai cabaran dalam sekitaran yang moden dan sentiasa berubah ini,” kata Encik Masagos dalam satu catatan di Facebook.

Majlis penyampaian biasiswa itu dihadiri 60 tetamu termasuk Mufti Dr Nazirudin Mohd Nasir; Presiden Majlis Ugama Islam Singapura, Encik Saat A. Rahman; Ketua Eksekutif Muis, Encik Kadir Maideen; serta pemimpin agama dan masyarakat lain.

Biasiswa SISS akan menampung yuran tuisyen dan universiti, elaun dan perbelanjaan lain yang diluluskan.

Cik Haninah berharap biasiswa itu akan mendedahkannya kepada bidang pendidikan dan pembangunan masyarakat.

“Saya berharap dapat memperkasa diri saya, mempelajari beberapa kemahiran, serta menguasainya supaya saya dapat menyumbang semula kepada masyarakat dengan ilmu, kemahiran dan kepakaran yang ditimba,” kata Cik Haninah.

Cik Fatimah pula berbesar hati menerima biasiswa itu.

“Biasiswa ini bukan sahaja menolong kami dari segi kewangan, tetapi dengan program berstruktur seperti memberi kami latihan amali, saya rasa itu juga satu peluang yang berharga,” kata Cik Fatimah.

Ini adalah tahun kedua biasiswa tersebut diberikan. Sejauh ini seramai lima individu telah menerima biasiswa tersebut.

Dalam satu kenyataan pada Isnin, Muis berkata biasiswa itu adalah sebahagian usaha Muis untuk memupuk keupayaan kepimpinan yang kukuh dalam kalangan lulusan madrasah terbaik untuk memikul kedudukan kepimpinan dalam sektor tersebut, termasuk di institusi keagamaan utama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >