Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

E-majalah percuma bagi penumpang di stesen MRT, pusat tukaran bas

Sep 12, 2023 | 05:59 PM



Dalam usaha membawa pengalaman berada dalam perpustakaan melangkau premisnya, Lembaga Perpustakaan Negara (NLB) bekerjasama dengan SMRT untuk melancarkan inisiatif baru yang dipanggil Nodes.

Nodes dilancarkan oleh Setiausaha Parlimen Kanan (Kemampanan dan Sekitaran merangkap Pengangkutan), Encik Baey Yam Keng, di hab pengangkutan bersepadu (ITH) Woodlands dan stesen MRT Woodlands Laluan Utara-Selatan (NSL) pada Selasa.

Ia akan tersedia dari September 2023 hingga Mac 2024 dan menawarkan penumpang akses percuma, cepat dan mudah kepada pilihan tajuk e-majalah seperti TIME, National Geographic, PC World, Reader’s Digest dan banyak lagi.


Inisiatif itu juga sejajar dengan usaha SMRT mentakrifkan semula ruang pengangkutan awam untuk kegiatan yang akan memperkaya kesejahteraan masyarakat.

Penumpang MRT boleh mengakses kandungan tersebut dengan mengimbas kod QR yang terdapat di lokasi Nodes.

Kandungan yang dipilih bertujuan memenuhi keperluan penumpang MRT semua peringkat umur dan latar belakang. Kebanyakan kandungan akan dimuat semula setiap bulan supaya penumpang MRT boleh menikmati kandungan baru.

Nodes akan dilancarkan juga di stesen MRT Bishan, Orchard dan Tiong Bahru serta ITH Bukit Panjang dan Pusat Tukaran bas Choa Chu Kang.

Semua penumpang MRT yang mempunyai akaun myLibrary NLB boleh mengakses kandungan tersebut di stesen MRT dan pusat rtukaran bas yang mengambil bahagian.

Secara alternatif, mereka boleh mendaftar bagi akaun myLibrary melalui aplikasi mudah alih NLB yang tersedia di Google Play Store atau Apple App Store.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >