Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Enjin bas SBS Transit terbakardi Tampines, tapi 10 penumpang selamat

Oct 17, 2023 | 09:30 PM



Seramai 10 penumpang selamat dipindahkan apabila enjin sebuah bas dua tingkat SBS Transit terbakar di Tampines pada Isnin malam.

Dalam sebuah video yang disiarkan di TikTok pada Selasa, sebuah bas dua tingkat yang berhenti di simpang Tampines Avenue 4 dan Tampines Avenue 3 kelihatan terbakar di bahagian belakangnya.

Bas itu, yang berhenti di tengah-tengah jalan raya tersebut, kelihatan sudah dikosongkan dan lampu di dalam kenderaan itu mula berkelip sebelum padam semasa kejadian itu berlaku.







Video yang dimuat naik pengguna bernama ridleyyyyy itu juga menunjukkan dua lelaki, termasuk individu yang merakam video itu, dipercayai menghubungi talian kecemasan 995 untuk melaporkan kejadian tersebut.

Selepas panggilan itu dibuat, pegawai Pasukan Pertahanan Awam Singapura (SCDF) yang tiba dilihat menjalankan tugas untuk memadamkan api pada bas itu.

Menjawab pertanyaan Berita Harian, SCDF berkata ia menerima panggilan berkenaan kejadian itu sekitar 10.15 malam.


Kebakaran tersebut melibatkan bahagian enjin sebuah bas.

Anggota SCDF memadamkan api tersebut menggunakan jet air dan hos.

Tiada kecederaan dilaporkan dan punca kebakaran sedang disiasat, tambah SCDF.







Memberi butiran lanjut, jurucakap SBS Transit, Cik Grace Wu memberitahu BH, bas yang terjejas itu adalah bas nombor 129 yang sedang menuju ke destinasi Pusat Pertukaran Bas Tampines North.

Ia sedang berjalan di Tampines Avenue 4, apabila enjinnya terbakar, katanya.

Cik Wu berkata terdapat seramai 10 penumpang yang berada di dalam bas itu.

“Mereka semua selamat dipindahkan tanpa sebarang kecederaan dilaporkan,” tambahnya.

Sementara itu, Cik Wu berkata pihak SBS Transit sedang menyiasat punca kebakaran.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >