Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

FairPrice derma $40,000 kepada Sinda, umum inisiatif ‘peti sejuk’ masyarakat

Oct 20, 2023 | 06:11 PM



Pengendali pasar raya FairPrice Group menderma $40,000 kepada Persatuan Pembangunan Masyarakat India Singapura (Sinda) pada Jumaat, sambil mengumumkan beberapa daya usaha bagi membantu golongan susah sempena Deepavali.

Antara inisiatif itu ialah peti sejuk masyarakat bagi golongan memerlukan, yang akan dilancar pada 4 November semasa dua pesta blok sempena perayaan Deepavali di Woodlands dan Kaki Bukit.

Daya usaha peti sejuk masyarakat itu bermatlamat menawarkan barang dapur segar kepada golongan susah sambil menggalak sikap berkongsi dalam masyarakat dan mengurangkan pembaziran.

Ia adalah peluasan sebuah inisiatif yang dilancar pada September 2021, Food for Good Community Fridge @ Marine Terrace, bagi menyediakan makanan percuma kepada penduduk.

Butiran lanjut berkenaan pesta blok itu akan diumumkan kelak, kata FairPrice Group.

Dalam pada itu, derma kepada Sinda itu diadakan dalam sebuah acara di FairPrice Xtra Jurong Point, yang turut mengundang lima keluarga penerima bantuan Sinda untuk membeli-belah di situ.

Perbelanjaan mereka ditaja oleh FairPrice Group dengan tujuan memenuhi keperluan rumah masing-masing sempena Deepavali.

Pengurus Besar, Yayasan FairPrice, Encik Jonas Kor, menyerahkan derma itu dalam bentuk cek kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Sinda, Encik Anbarasu Rajendran.

Menteri di Pejabat Perdana Menteri merangkap Menteri Kedua Pembangunan Negara, Cik Indranee Rajah, hadir di acara itu selaku tetamu terhormat.

CEO Kumpulan, FairPrice Group, Encik Vipul Chawla, berkata: “Deepavali adalah musim bagi menyambut cahaya yang ada di dalam diri kita semua dan menyebarkan kebahagiaan dalam menyumbang kepada masyarakat.

“Usaha ini sungguh padat dengan misi sosial kami di FairPrice Group untuk mengawal kos sara hidup bagi semua warga Singapura dan menawarkan bantuan kepada mereka yang memerlukan.”

Hingga kini Yayasan FairPrice telah menderma $360,000 kepada Sinda bagi memberi manfaat kepada keluarga memerlukan sokongan kewangan dan sosial, serta pendidikan anak-anak daripada keluarga kurang bernasib baik.

Selain derma dan pesta Deepavali itu, FairPrice Group memberi diskaun khas bagi beberapa barang dapur dan produk popular sempena Deepavali hingga 15 November, termasuk beras basmati dan muruku.

Pelanggan juga berpeluang memenangi dua kereta dalam Cabutan Bertuah Perayaan Deepavali bagi setiap perbelanjaan bernilai $30 di cawangan fizikal dan dalam talian FairPrice.

Mereka juga boleh mendapatkan sampul khas Deepavali daripada juruwang pasar raya bagi setiap perbelanjaan sekurang-kurangnya $30.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >