Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Faisal Manap sertai acara amal pertama sejak sakit jantung, agihan 10,000 pek beriani oleh FFFA

Sep 24, 2023 | 07:40 PM



Anggota Parlimen (GRC Aljunied) Parti Pekerja (WP), Encik Faisal Manap melahirkan rasa besar hati dapat kembali bertugas dan bertemu penduduk semasa menghadiri acara kemasyarakatan amal pertama pada pagi Ahad sejak beliau pulang dari cuti sakit enam minggu ekoran sakit jantung.

Beliau berkongsi, kini lebih teliti menjaga kesihatan selepas mengalami “lima episod” sakit dada pada petang beliau mengalami serangan jantung pada 24 Julai lalu.

Encik Faisal berkata demikian semasa ditemui di acara pengagihan beriani percuma anjuran badan amal Free Food For All (FFFA) di kolong Blok 536 Bedok North Street 3, yang turut dihadiri Ketua Pembangkang, Encik Pritam Singh.

Sebanyak 10,000 pek beriani daging kambing telah dimasak dan diagihkan kepada penduduk.

Menurut Encik Faisal, 48 tahun yang dimasukkan ke Unit Jagaan Rapi (ICU) dan dirawat di Hospital Besar Singapura (SGH) selama lima hari:

“Saya agak terkejut apabila terima diagnosis (serangan jantung) itu sebab saya sering jaga kesihatan saya,” katanya.







Bapa tiga anak itu telah melalui prosedur angioplasti belon sejurus beliau dimasukkan ke ICU, dan menjalani prosedur sten koronari pada arteri empat minggu selepas diizin keluar dari hospital.

“Sebab itu saya gembira untuk kembali berkhidmat selepas cuti sakit selama enam minggu itu, sebab saya pun rasa agak kesunyian sewaktu sedang berehat,” katanya yang menyambung semula tugas Sesi Bertemu Rakyat dan lawatan ke rumah sejak awal September.

“Kini saya perlu mengubah sedikit gaya hidup saya dan menjaga makanan saya dengan lebih teliti,” tambahnya.

Sementara itu, acara pengagihan yang diadakan sempena sambutan Maulud Nabi itu, telah disokong lebih 230 relawan dari kumpulan motosikal dan pekerja logistik serta sebuah kumpulan Qasidah.

Encik Faisal dan Encik Pritam disambut dengan iringan kompang dan dijemput bertemu penduduk dan relawan sebelum disajikan makan tengah hari.







Sekitar 5,000 orang telah tampil mengambil beriani percuma manakala bakinya diagihkan kepada penduduk dari 11 blok flat sewa, 10 masjid tempatan serta tiga badan masyarakat.

Ia bertujuan menyatupadukan masyarakat serta sebagai sebahagian usaha pengumpulan dana bagi menyokong operasi FFFA.


Pengasas FFFA, Encik Nizar Mohd Shariff berkata pengagihan beriani percuma itu, adalah yang terbesar bagi badan amalnya sehingga kini.

“Inilah sebab utama saya mahu mengadakan acara ini seperti ini dan bukan menerusi kemudahan dapur pusat.

“Kalau kami lakukannya sebegitu, anda tidak akan dapat lihat gotong-royong tukang masak dan relawan yang sama-sama berkumpul demi kerja amal seperti ini,” tambah Encik Nizar.







Salah seorang penerima pek beriani itu Cik Azizah Chomil, 33 tahun berkata, beliau rasa terharu melihat sambutan meriah acara itu.


“Kami dapat tahu tentang acara ini sebab ramai orang hantar WhatsApp kepada kami,” kata Cik Azizah dari Tampines.


“Jadi, kami fikir hendak berehat daripada memasak hari ini dan ambil beriani ini untuk dimakan sekeluarga.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >