Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Faishal pantau isu sewa bazar Raya Geylang Serai, kaji faktor jejas peniaga

Di sebalik aduan yuran sewa tinggi, kebanyakan pegerai yang ditemui lapor penjualan baik
May 27, 2023 | 05:30 AM



DI sebalik laporan mengenai kadar sewa tinggi dan perniagaan yang perlahan semasa Bazar Raya Geylang Serai 2023, Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim, berasa prihatin dan bertemu dengan ramai pegerai.

Kebanyakan pegerai yang ditemui dalam lawatannya raih “pencapaian baik” semasa bazar beroperasi dengan sesetengah mereka raih semula modal yuran sewa mereka dalam tempoh kurang 10 hari.

Sesetengah mereka juga menganggap acara tahun ini yang terbaik sejak 40 tahun lalu, kata Dr Faishal yang mengadakan lawatan ke tapak bazar tersebut lebih 10 kali sepanjang 36 hari ia berlangsung.

“Kami terima banyak maklum balas bahawa sewanya tinggi dan seolah-olah tiada perniagaan.

“Tapi ada juga yang beri maklum balas bahawa bazar tahun ini adalah yang terbaik dengan sesetengah mereka berkata dapat raih kembali (modal bagi yuran sewa) mereka dalam tempoh kurang 10 hari.

“Ada yang kata ia adalah penjualan yang terbaik pernah diraih dalam 40 tahun,” katanya yang juga Penasihat Utama Wisma Geylang Serai (WGS).

Bazar tahun ini yang berlangsung selama 36 hari dimulakan lebih awal pada 17 Mac.

Ia diuruskan konsortium yang dibentuk S-Lite Event Support, TLK Trade Fair and Events dan Enniche Global Trading.

Edisi bazar itu bermula dari Pasar Geylang Serai hingga ke Tanjong Katong Complex (TKC), termasuk Haig Road dan Joo Chiat Complex.

Dibahagikan kepada dua kawasan utama, ia menawarkan 700 gerai, termasuk 150 yang menjual makanan dan minuman.

Secara keseluruhannya sebanyak 694 gerai daripada 700 gerai atau 99 peratus yang ditawar telah disewa.

Menurut Dr Faishal, konsortium yang dipilih untuk mengendalikan bazar tersebut tahun ini mengemukakan bidaan kedua tertinggi.

“Selain harga bidaan, pemilihan operator bagi Bazar Raya Geylang Serai juga berdasarkan saranan pembida bagi konsep bazar, kepelbagaian perniagaan, pelan operasi untuk memantau pegerai agar mematuhi peraturan agensi pemerintah serta rekod pencapaian mereka menguruskan bazar,” katanya.

Beliau menambah bahawa harga tender juga sepadan dengan tahun-tahun sebelum Covid-19.

Berdasarkan lawatannya ke tapak bazar itu, salah satu perkara yang beliau sedari adalah ramai pegerai bukan baru dalam bazar ini dan ramai yang tahu akan industri bazar ini dengan baik.

“Ada pula yang mempunyai lebih daripada satu gerai di bazar itu. Dan tidak kurang juga mereka yang baru berjinak-jinak berniaga di bazar tersebut, terutamanya mereka yang berniaga dari rumah (HBB) atau sekadar ingin mencuba-cuba,” katanya lagi.

Berdasarkan lawatannya itu, Dr Faishal turut mendapati tiga perkara utama yang menyumbang kepada perniagaan yang baik di bazar tersebut.

Ini termasuk jenis produk yang dijual, strategi pemasaran dan lokasi strategik gerai.

Beliau sifatkan lokasi seperti di Anjung dan di bahagian belakang Wisma Geylang Serai (WGS) sebagai lokasi kurang menarik bagi perniagaan bazar.

“Ramai yang saya temui akur bahawa ini lumrah perniagaan yang bergantung kepada banyak faktor.

“Mereka yang bukan ‘pemain baru’ menceburi perniagaan ini dengan mata yang terbuka dan tahu akan industri bazar ini.

“Kami dapati ramai yang dapat kembali modal sewa mereka dan ada juga peniaga yang hadapi cabaran dalam perniagaan mereka itu.

“Terdapat juga sesetengah mereka yang memberi gambaran tidak tepat mengenai perniagaan masing-masing seperti yang disiarkan dalam media sosial atau pihak media lain.

“Selepas saya siasat lebih lanjut, sesetengah mereka akui bahawa mereka sebenarnya membayar kadar sewa lebih tinggi di bazar berasingan berbanding di Geylang Serai,” katanya lagi.

Pada Ramadan yang baru lalu, pegerai di Bazar Raya Geylang Serai 2023 membayar sewa sebanyak $89.68 untuk tempoh sehari bagi sebuah gerai berbanding $97.01 sehari bagi satu gerai pada 2019, kata Dr Faishal.

Ditanya mengenai ugutan yang diterima pengendali bazar daripada pihak-pihak yang kurang berpuas hati dengan isu-isu berkaitan bazar itu, Dr Faishal mengesahkan bahawa laporan polis telah dibuat dan polis masih menjalankan siasatan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >