Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Flat BTO dekat stesen MRT Woodlands, projek flat terakhir di Hutan Dover, akan dijual pada Dis

Oct 05, 2023 | 09:38 PM



Dua projek flat Bina Ikut Tempahan (BTO) berhampiran stesen MRT Woodlands dan satu projek terakhir di bahagian timur Hutan Dover adalah antara lapan projek BTO yang akan dijual Disember ini.

Flat di tapak bekas Pejabat Pos Alexandra di Bukit Merah dan flat pertama di Sin Ming dalam tempoh lebih 30 tahun akan juga ditawarkan.

Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) mengeluarkan butiran mengenai lapan projek itu di laman webnya. Kesemua projek itu akan dilancarkan dalam latihan jualan BTO terakhir bagi 2023, lapor The Straits Times.

Ia akan menawarkan sekitar 6,000 flat di Bedok, Bishan, Bukit Merah, Bukit Panjang, Jurong West, Queenstown dan Woodlands pada Disember.


Kedua-dua projek di Woodlands itu akan mempunyai kira-kira 1,220 unit. Penganalisis hartanah berkata ia mungkin popular memandangkan lokasinya berdekatan stesen MRT Woodlands. Terdapat flat fleksi dua bilik, dan flat tiga bilik hingga lima bilik di kedua-dua plot itu.

Satu projek BTO itu bersempadan dengan Woodlands Street 13 dan Woodlands Avenue 5 manakala satu lagi BTO di Woodlands Avenue 5 terletak di sebelah stesen MRT.

Sementara itu, projek Hutan Dover di Queenstown di sebelah stesen MRT Dover akan mempunyai 890 flat tiga bilik dan empat bilik. Ini merupakan projek ketiga dan terakhir di bahagian timur Hutan Dover di Ulu Pandan.

Pada 2022, HDB mengumumkan ia akan membina sekitar 3,000 flat BTO di Ulu Pandan, kawasan ‘car-lite’ pertamanya yang menggalak orang ramai mengurangkan penggunaan kereta.

Ini setelah rancangan menggunakan 33 hektar Hutan Dover untuk perumahan awam disemak tahun lalu menyusuli bantahan daripada kumpulan alam semula jadi.

Kira-kira 11 hektar di separuh kawasan timur hutan itu akan dibangunkan untuk perumahan awam, manakala separuh lagi di kawasan barat diketepikan bagi memelihara biodiversiti, menurut laporan itu.

Ulu Pandan Banks dilancarkan pada November 2022, manakala Ulu Pandan Glades dijual pada Februari 2023.

Flat dalam kedua-dua projek itu berharga antara $362,000 dengan $504,000 (tidak termasuk geran pemerintah) untuk flat tiga bilik, dan antara $541,000 dengan $725,000 untuk flat empat bilik.

Di Bukit Merah, kira-kira 900 flat fleksi dua bilik, flat tiga bilik dan flat empat bilik akan dibina di tapak bekas Pejabat Pos Alexandra, yang ditutup pada 17 Jun lalu selepas beroperasi selama lebih enam dekad.

Penganalisis berkata projek di Queenstown dan Bukit Merah mungkin berada di bawah model perumahan awam lokasi utama (PLH), kerana ia terletak di pinggir bandar dan berhampiran stesen MRT.

Di Bedok, HDB bakal melancarkan projek yang mempunyai 1,230 flat, terdiri daripada flat tiga hingga lima bilik, serta apartmen penjagaan masyarakat.

Di Jurong West, projek baharu itu akan mempunyai 710 unit flat fleksi dua bilik, dan flat tiga hingga lima bilik. Ia terletak di Jurong West Street 42.

Projek Bukit Panjang di Petir Road dan Cashew Road adalah BTO terkecil ditawarkan kali ini. Ia mempunyai 330 flat fleksi dua bilik dan flat empat bilik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >