Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Flat BTO lebih besar di Serangoon dapat sambutan

Jun 08, 2023 | 10:25 PM



Flat lebih besar di Serangoon telah mendapat sambutan dalam penjualan flat Bina Ikut Tempahan (BTO) yang terkini.

Ini menandakan permintaan terpendam untuk estet matang itu yang tidak mempunyai flat baru dilancarkan sejak sekitar sembilan tahun lalu.

Hingga 5 petang Khamis, terdapat seramai 2,390 pemohon untuk sebanyak 129 flat lima bilik dalam projek BTO Serangoon North Vista. Ini bermakna terdapat 13 pemohon kali pertama untuk setiap flat lima bilik yang tersedia.

Bagi flat empat bilik dalam projek sama pula, terdapat lebih sembilan pemohon untuk setiap unit yang tersedia.

Projek BTO kali terakhir dilancarkan di Serangoon pada Januari 2014, yang menawarkan 150 apartmen studio untuk warga emas.

Flat BTO lima bilik dan Tiga Generasi di Bedok juga mendapat sambutan, dengan lebih tiga pemohon kali pertama untuk setiap unit tersedia. Estet matang itu tidak melihat flat baru dilancarkan sejak kira-kira tujuh tahun lalu.

Flat empat bilik dalam projek BTO Bedok South Blossoms menarik kira-kira tiga pemohon kali pertama untuk setiap unit yang ada, manakala flat tiga bilik menarik sekitar dua pemohon sedemikian.

Flat lima bilik yang ditawarkan di kedua-dua estet itu membentuk lebih 40 peratus daripada jumlah bekalan flat BTO lima bilik dalam pelancaran pada Mei.

Projek ketiga di estet matang Farrer Park Arena menarik lebih dua pemohon kali pertama untuk setiap flat empat biliknya.

Projek di Kallang/Whampoa itu – yang terletak di tapak yang bersempadan dengan Farrer Park Road dan Dorset Road – berada di bawah model perumahan awam lokasi utama (PLH).

Pembeli flat ini tertakluk kepada syarat jual beli yang lebih ketat, termasuk pengembalian atau ‘clawback’ subsidi sebanyak 6 peratus apabila flat itu dijual semula, dan tempoh penginapan minimum (MOP) 10 tahun.

Flat BTO yang biasa mempunyai MOP lima tahun dan tidak mempunyai klausa pengembalian subsidi.

Permintaan untuk hampir 3,000 flat di dua projek BTO di Tengah pula agak sederhana, dengan antara satu dan dua pemohon kali pertama bagi setiap unit tiga bilik, empat bilik dan lima bilik yang ditawarkan.

Salah satu daripada dua pembangunan di kawasan tersebut – Parc Meadow @ Tengah – akan terletak dalam jarak 1 km dari sekolah rendah Sekolah Anglo-Chinese (ACS) apabila sekolah itu berpindah ke bandar perumahan tersebut pada 2030.

Dalam satu kenyataan pada Khamis, Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) berkata kadar median permohonan bagi pemohon kali pertama untuk flat tiga bilik dan lebih besar untuk penjualan kali ini ialah 2.2 pemohon bagi setiap unit yang ada.

Ini setanding dengan dua pelancaran BTO yang lalu pada Februari 2023 dan November 2022, yang “secara umumnya lebih rendah” daripada kadar aplikasi BTO yang dilancarkan sejak permulaan pandemik Covid-19 pada 2020, kata lembaga itu.

Data HDB sebelum ini menunjukkan bahawa kebanyakan pemohon kali pertama untuk projek BTO dengan kadar permohonan 1.7 atau lebih rendah mempunyai peluang yang baik untuk menempah flat selepas mengambil kira kadar penolakan sebanyak 40 peratus.

Ini bermakna kebanyakan pemohon kali pertama yang telah memohon untuk dua projek Tengah BTO dan projek Kallang/Whampoa BTO mempunyai peluang yang baik untuk diundang menempah flat.

Kira-kira 90 peratus daripada flat BTO pada pelancaran Mei mempunyai masa menunggu kurang dari empat tahun, turun daripada masa menunggu median antara empat dengan lima tahun di kemuncak penularan Covid-19.

Permohonan ditutup pada 11.59 malam pada 8 Jun di portal flat HDB dan flat akan diperuntukkan melalui pengundian.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >