Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Gembira dapat tunai haji meskipun harus berkerusi roda

Jun 19, 2023 | 08:08 PM



Setelah 11 tahun menanti, Cik Norati Bakar, 55 tahun, gembira apabila menerima surat tawaran daripada Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) pada Februari untuk menunaikan ibadah haji pada tahun ini.

“Syukur, alhamdulillah. Selama 11 tahun kita menunggu, akhirnya kita dapat menunaikan haji ke Baitullah,” kata Cik Norati, yang tidak sabar menunaikan ibadah haji bersama suaminya Encik Ahmad Abdul Karim, 66 tahun.

Namun, kegembiraannya bertukar apabila beliau terjatuh beberapa bulan yang lalu, menyebabkan kaki kirinya patah dan kini terpaksa berkerusi roda.

Ketika itu, beliau risau kecederaan yang dialami akan menjejas keupayaannya untuk menunaikan ibadah haji dengan sempurna. Lantaran itu, beliau juga pernah berfikir untuk tidak meneruskan dengan ibadah hajinya.

“Pada mulanya, saya rasa takut, macam nak cancel. Tapi ramai orang galak saya supaya tawakal kepada Allah. Setelah saya fikir betul-betul, saya buat keputusan mahu pergi,” kata Cik Norati.


Ketika ditemui Berita Harian pada Isnin di Terminal 3 Lapangan Terbang Changi, sebelum beliau menaiki pesawat ke Arab Saudi, Cik Norati, yang mengikuti pakej haji Hahnemann Travel, berkata beliau gembira dapat meneruskan ibadah hajinya.


“Saya bersyukur kerana mereka (Hahnemann Travel) berkata bahawa saya boleh pergi, dan di sana mereka akan menguruskan agar ada orang dapat menyorong saya menaiki kerusi roda semasa beribadah,” kata Cik Norati.

Sebelum ini, Muis telah mengumumkan bahawa jemaah Singapura yang bakal menunaikan ibadah haji di Tanah Suci akan disediakan dengan sokongan perubatan yang baik, termasuk pasukan perubatan yang lebih besar berbanding 2022.

Sokongan perubatan itu adalah sebahagian daripada usaha Muis, Persatuan Karyawan Penjagaan Kesihatan Islam (MHPA), Persatuan Ejen Pelancongan Muslim Singapura (Amtas) dan Lembaga Penggalakan Kesihatan (HPB) untuk mempersiapkan jemaah dari aspek kesihatan dan jasmani.

Ketua Eksekutif, Muis Encik Kadir Maideen, yang turut berangkat pada Isnin, mengetuai Pejabat Ehwal Jemaah Singapura (SPAO), yang merangkumi 29 anggota untuk memberikan perkhidmatan perubatan dan kebajikan kepada jemaah haji Singapura.

Encik Kadir akan berada di Arab Saudi dari 19 Jun hingga 15 Julai bersama Presiden Muis, Encik Saat A. Rahman, yang juga ketua delegasi haji Singapura.

Mengulas tentang keprihatinannya sebagai ketua delegasi haji Singapura, Encik Saat berkata beliau akan menumpukan lebih banyak perhatian kepada jemaah yang lebih tua dan mempunyai penyakit kronik supaya mereka akan dapat menjalankan ibadah Haji dengan selamat.

“Bagi saya, ini suatu tanggungjawab yang besar kerana kita mempunyai bilangan jemaah yang besar tahun ini, dan ramai antara mereka adalah warga emas. Namun demikian, SPAO, khususnya pasukan perubatan kami, akan terus memantau kebajikan mereka,” kata Encik Saat.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >