Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Geran pengajian baru $4,000 untuk pelajar berkeperluan khas dilancar

May 31, 2023 | 05:35 PM



WALAUPUN mengalami masalah pendengaran dan dalam kesempitan wang, Encik Benedict Lim, 23 tahun, tetap berazam untuk mendapatkan ijazah dalam bidang Kejuruteraan Mekanikal di Universiti Teknologi Nanyang (NTU).

Diibesarkan seorang ibu tunggal berpendapatan $1,300 sebulan sebagai pekerja am, Encik Lim sejak empat tahun lalu turut bekerja secara sambilan sebagai penghantar makanan dan ini dilakukan ketika beliau masih menuntut di Institut Pendidikan Teknikal (ITE) dan Politeknik Singapura (SP), dan pada masa ini di NTU. Beliau membawa pulang gaji bulanan sekitar $700, namun beliau akui melalui kesukaran apabila terpaksa bekerja sambil belajar. “Bekerja sambil belajar amat memenatkan, dan saya tidak boleh fokus kepada pembelajaran saya,” katanya, lapor akhbar The Straits Times.

Namun Encik Lim kini mempunyai harapan untuk melihat kehidupannya menjadi lebih mudah. Beliau antara yang telah memohon untuk mendapatkan geran pengajian baru bernilai $4,000 bagi pelajar yang mempunyai keperluan khas dan daripada keluarga berpendapatan rendah untuk belajar di institusi pengajian tinggi. Geran Program Peningkatan Bakat (Talent Uplift Programme), diberikan oleh pertubuhan tanpa keuntungan, TomoWork. Sehingga 10 pelajar berkeperluan khas akan dibantu setiap tahun.

Menurut TomoWork, program ini dimulakan bagi menyokong pelajar berkeperluan khas yang menghadapi tekanan sara hidup termasuk untuk biaya perundingan perubatan, ubat-ubatan, atau terapi - keadaan yang sering menghalang pelajar berpontesi daripada meneruskan pelajaran di pusat pengajian tinggi.

Encik Lim menggunakan alat bantuan pendengaran semasa hadir di kuliah. Namun jangka hayat alat ini hampir tamat tempoh. Walaupun pemerintah menyediakan subsidi sebesar 90 peratus bagi membeli alat bantuan pendengaran baru, difahamkan Encik Lim masih perlu membayar $1,200 dari poketnya sendiri.

TomoWork juga menjalankan sebuah program 12 minggu, “Program Pemecut Bakat”, yang bertujuan menyediakan pelajar berkeperluan khas untuk menyiapkan diri melangkah ke alam pekerjaan, di mana mereka akan dilengkapkan dengan kemahiran teknikal serta melalui lampiran kerja. Encik Lim telah menyertai program ini pada 2022 dan telah kembali ke TomoWork untuk membantu pelajar junior menyiapkan projek korporat mereka bagi 2023.

Menteri Pembangunan Negara Encik Desmond Lee ketika berucap di majlis pelancaran geran pengajian itu berkata: “(Program Pemecut Bakat) ini adalah satu contoh baik yang mencerminkan kesan positif yang muncul apabila pemerintah, pihak swasta, dan masyarakat bekerjasama.”

“TomoWork dan rakat korporat, dengan sokongan pelbagai politeknik, telah menambah kepakaran dan sumber kepada program ini, demi menyokong perkembangan kemahiran dan pekerjaan orang kurang upaya,” kata Encik Lee.

Encik Lim berkata beliau berharap akan dapat bekerja sebagai jurutera mekanikal dengan kepakaran menghasilkan cetakan 3D selepas berjaya menamatkan pengajiannya kelak.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >