Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Guna media sosial berlebihan ada kaitan dengan kongsi maklumat salah: Kajian

Oct 02, 2023 | 05:50 PM



Kajian oleh Universiti Teknologi Nanyang (NTU) mendapati bahawa mereka yang mengatakan mereka penat atau diselubungi media sosial lebih cenderung mempercayai maklumat salah dan berkongsi di dalam talian.

Menggunakan berita palsu Covid-19 sebagai contoh maklumat salah, tinjauan NTU Singapura itu juga mendapati bahawa individu narsisistik (bersifat taasub) lebih cenderung berkongsi maklumat salah, kata Penolong Profesor Sekolah Komunikasi dan Maklumat Wee Kim Wee, NTU, Profesor Saifuddin Ahmed.

Dapatan itu diterbitkan dalam jurnal Scientific Reports baru-baru ini. Tinjauan itu melibatkan lebih 8,000 respons dari Singapura, Amerika Syarikat, Malaysia, China, Thailand, Vietnam, Indonesia dan Filipina.


Ia dilakukan dengan gabungan penuntut PhD dari Universiti California, Davis, Encik Muhammad Ehab Rasul.

Dengan jutaan pengguna yang bergantung pada media sosial sebagai sumber berita serta hiburan dan sebagai cara berkomunikasi, menangani keletihan berhubung media sosial dan akibatnya adalah penting, kata kededua penyelidik tersebut.

Walaupun telah banyak ditekankan pentingnya mengurangkan penggunaan media sosial untuk memperbaiki kesihatan fizikal dan mental, kurang perhatian diberikan terhadap kesan buruk penggunaan media sosial pada ekosistem maklumat.

Profesor Saifuddin yang menerajui tinjauan itu berkata: “Keletihan media sosial menimbulkan maklumat berlebihan yang menghalang pertimbangan kognitif pengguna media sosial. Dalam keadaan sedemikian, individu berasa tenggelam dan bergelut untuk menilai maklumat yang salah, sama ada mengenai Covid-19 atau topik lain.

“Satu lagi penerangan bagi kesan keletihan media sosial adalah bagaimana fungsi algoritma media sosial mengutamakan kandungan kontroversi, sensasi dan padat dengan emosi. Apabila terdedah berulang kali terhadap kandungan sebegitu, ia boleh menyebabkan individu menganggapnya sebagai betul.

“Menerusi kajian kami, kami mendapati para individu boleh menyumbang pada sebaran maklumat yang salah secara tidak sengaja akibat keupayaan kognitif dan sifat personaliti ‘gelap’ mereka seperti narsisistik. Cerapan sedemikian boleh dimanfaatkan untuk membentuk pencegahan langkah, menekankan pentingnya celik dan inisiatif media sosial untuk menangani keletihan media sosial.”

Dalam menjalankan tinjauan itu, keletihan media sosial dinilai mengikut kadar persetujuan mereka kepada lima kenyataan berhubung penggunaan media sosial – seperti jika mereka berasa letih secara mental atau terlalu penat untuk melakukan tugasan lain akibat penggunaan media sosial.

Peserta kemudian diminta memberi kadar ketepatan bagi satu siri dakwaan palsu mengenai Covid-19, yang diketengahkan dalam pos media sosial dan kecenderungan mereka berkongsi dakwaan tersebut.


Satu pos media sosial itu menyatakan: “Kelapa berkesan mengurangkan tanda-tanda Covid-19.”


Satu lagi pos media sosial menyatakan: “Vaksin Covid-19 berbahaya dan tidak berkesan menentang varian Omicron.”


Peserta juga dinilai dari segi keupayaan kognitif mereka menerusi ujian 10 perbendaharaan kata yang berkaitan dengan ukuran kecerdasan yang sering digunakan dalam kajian saintifik. Tingkah laku mereka juga dinilai bagi mencari sifat narsisistik menerusi satu ujian personaliti.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >