Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Guru agama kes serangan seksual 4 budak lelaki tiada kelulusan ARS: Muis

Sep 11, 2023 | 03:44 PM



Majlis Ugama Islam Singapura (Muis) mengesahkan seorang lelaki yang menganggap dirinya guru agama dan mengaku salah bagi serangan seksual ke atas empat budak lelaki bawah umur tidak pernah tersenarai di bawah Skim Pengiktirafan Asatizah (ARS).

Penjenayah seks itu tidak diberi kuasa untuk mengajar agama di Singapura, kata Muis dalam satu kenyataan pada Isnin.

Pada 8 September, lelaki berusia 35 tahun itu, yang dijangkiti HIV (human immunodeficiency virus), yang boleh menyebab penyakit Aids, mengakui melakukan pelbagai kesalahan seksual terhadap empat budak lelaki.

Ini termasuk seorang budak yang ditemuinya melalui aplikasi dating Grindr, ketika budak itu berusia 11 tahun.

Tertuduh mengaku salah di Mahkamah Tinggi atas tiga tuduhan melakukan seks ke atas tiga kanak-kanak lelaki bawah umur. Sebanyak 18 tuduhan lagi, termasuk satu melibatkan budak lelaki keempat, akan diambil kira apabila hukuman dijatuhkan kelak.

Lelaki itu, yang disahkan menghidap gangguan pedofilik selepas penahanannya, tidak boleh dinamakan kerana perintah mahkamah untuk melindungi identiti mangsa.

Pendakwa raya memohon tertuduh dihukum penjara 24 tahun dengan lapan sebatan bagi tertuduh, kerana dia tidak bertanggungjawab secara seksual dan tidak konsisten dengan penggunaan kondom semasa melakukan perbuatan seks dengan mangsa.

Namun, peguam bela tertuduh meminta anak guamnya dipenjara antara 16 hingga 18 tahun dan tidak dirotan kerana tertuduh menyesal, dan memberi alasan bahawa dia telah membawa kanak-kanak tersebut ke masjid untuk berdoa bagi memohon keampunan selepas perbuatan mereka.

Kes itu ditangguh ke satu tarikh ditetapkan.

Tertuduh mula menawarkan khidmat tuisyen berkaitan agama dan bahasa Arab di rumah pada 2013 setelah tamat pengajian di Mesir. Dia juga bekerja sambilan sebagai penghantar makanan.

Dia diuji positif HIV pada Februari 2019 setelah melakukan seks tanpa perlindungan dengan seorang lelaki dewasa.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Zhou Yang memberitahu mahkamah tertuduh berkenalan dengan seorang budak sekolah rendah, yang dikenali sebagai V1, melalui Grindr pada 2014.

V1 berpura-pura sebagai seorang remaja, tetapi tertuduh sedar V1 berusia di bawah 14 tahun pada masa itu, kata pendakwa raya.

Tertuduh memberitahu V1 dia seorang guru agama sambilan dan mereka berbual tentang seks.

Mereka akhirnya bertemu secara peribadi di tandas di Hougang Mall, dan tertuduh melakukan seks oral terhadap V1.

Dari 2015 hingga 2018, mereka terus berhubungan dan bertemu untuk melakukan seks. Pada Julai 2019, V1 disahkan positif HIV, tetapi tidak dapat disahkan bahawa tertuduh menularkan virus itu kepadanya.

Pada 2017, tertuduh berkenalan dengan seorang budak lelaki berusia 12 tahun, dikenali sebagai V2. Mereka bermain permainan video dan menaiki e-skuter bersama dan tertuduh sering membelikan V2 dan rakan-rakannya makanan dan rokok. Dia juga mengajar V2 matematik.

Pada 2018, V2 membenarkan tertuduh melakukan seks ke atasnya tiga kali, setiap kali sebagai pertukaran bagi kredit permainan video bernilai $30.

Mangsa ketiga, V3, berada di sekolah rendah pada 2016 apabila dia mula berbual dengan tertuduh, yang mengikuti V3 di wadah media sosial Instagram.

Antara 2017 dan 2018, tertuduh melakukan seks dengan V3, yang ketika itu berusia 14 hingga 15 tahun.

Semasa mereka mengenali antara satu sama lain, tertuduh membayarkan makanan dan rokok apabila dia keluar bersama V3 dan rakan-rakannya, dan juga meminjamkan wang kepada ahli keluarga budak itu.

Pada Jun 2019, tertuduh bertemu V2 dan dua lagi budak lelaki bawah umur berdekatan Changi Village dan membelikan mereka vodka untuk dikongsi.

Pada sekitar 10 malam, pegawai polis yang sedang meronda melakukan pemeriksaan ke atas mereka dan menahan tertuduh.

Dalam kenyataannya, Muis berkata kes ini ialah satu peringatan kepada individu dan ibu bapa supaya mendapatkan pengajaran agama hanya daripada guru agama tersenarai di bawah ARS.

Menurut Muis, ARS menyediakan jaminan tentang kelayakan dan kredibiliti, serta Kod Etika yang perlu dipatuhi guru agama.

Orang ramai boleh merujuk di https://licence1.business.gov.sg/feportal/web/frontier/ars-directory-se… untuk senarai guru agama yang tersenarai di bawah ARS.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >