Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hargai pencapaian individu dalam pendekatan baru bagi kejayaan: DPM Wong

Jun 12, 2023 | 08:14 PM



Sesi pendampingan yang dijalankan pemerintah bersama warga Singapura sepanjang setahun lalu menunjukkan ada persetujuan bahawa kejayaan tidak begitu memberatkan pencapaian, tetapi lebih kepada makna hala tuju dan kepuasan melalui proses perjalananannya.

Menyatakan demikian ketika berucap di Persidangan Ulang Tahun ke-35 Institut Pengajian Dasar (IPS) ​pada Isnin, Timbalan Perdana Menteri, Encik Lawrence Wong, berkata “kejayaan bukan tentang kemampuan sahaja, tetapi lebih mengenai nilai maknanya”.

Dalam ucapannya mengenai topik meninjau semula kompak sosial, Encik Wong berkata sesi pendampingan bersama rakyat yang dijalankan di bawah inisiatif Melakar Hala Tuju Singapura antara lain menyaksikan konsensus bahawa pendekatan baru bagi kejayaan dan kemahiran diperlukan di bawah kompak sosial Singapura yang diperbaharui, selain sistem sokongan sosial yang dirombak, dan semangat perpaduan yang diperbaharui.

Encik Wong, yang juga Menteri Kewangan, berkata dari segi kejayaan, masyarakat masih mengaitkannya dengan pencapaian kebendaan tertentu, seperti gaji dan hartanah yang dimiliki.

“Semua orang prihatin tentang perkara asas dalam kehidupan – bekerja secara bermakna, mempunyai rumah, dan menyediakan keperluan untuk keluarga, baik anak-anak kita, mahupun ibu bapa kita. Ini penting dan mesti disediakan. Tetapi sejauh mana harus kita kejar matlamat kebendaan kita?” kata Encik Wong.

Beliau menambah bahawa akhirnya kejayaan ditentukan oleh setiap orang kerana tidak ada satu ukuran pencapaian.

“Kita mesti menghargai kejayaan setiap individu – masing-masing mengejar haluan sendiri,” katanya.

Pemikiran yang sudah berakar perlu diubah, walaupun ia bukan satu tugas yang mudah, tambahnya.

Encik Wong berkata warga juga perlu mengakui bahawa pendidikan formal pada awal kehidupan bukanlah titik akhir meritokrasi Singapura.

“Meritokrasi kita yang diperbaharui mestilah berterusan, dengan peluang pembelajaran di pelbagai persimpangan kehidupan. Setiap orang mesti mempunyai peluang untuk mencuba lagi, melakukan yang lebih baik, dan bergerak ke hadapan dalam kehidupan bertahun-tahun selepas meninggalkan sekolah,” katanya.

Mengenai sokongan sosial, Singapura telah berhati-hati dalam mereka bentuk jaringan keselamatan sosialnya dalam cara yang meningkatkan rasa pemilikan dan kawalan ke atas keadaan diri sendiri bagi kumpulan mudah terjejas, ujarnya.

Sedang Singapura memasuki persekitaran lebih tidak menentu dan tidak dapat diramal, pemerintah akan melakukan lebih banyak untuk memberi jaminan kepada golongan pertengahan dan golongan mudah terjejas bahawa mereka boleh memenuhi keperluan mereka dalam kehidupan dan tidak ketinggalan, kata Encik Wong.

Langkah-langkah itu termasuk sokongan untuk penganggur, keluarga berpendapatan lebih rendah, kumpulan mudah terjejas, termasuk mereka yang kurang upaya, dan warga emas.

Mengenai semangat perpaduan, Encik Wong berkata masyarakat perlu kurang mengenai “saya” dan “milik saya”, dan lebih banyak tentang “kami”, “kita” dan “milik kita”.

“Tiada siapa yang berjaya sendirian. Setiap kisah kejayaan adalah kisah yang dikongsi bersama. Kita semua berdiri di atas bahu mereka yang mendahului kita,” katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >