Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hingga 14,000 flat BTO fleksi dua bilik akan dilancar 2024 hingga 2026

Sep 18, 2023 | 05:51 PM



Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) akan melancarkan sehingga 14,000 flat Bina Ikut Tempahan (BTO) fleksi dua bilik sepanjang tiga tahun mendatang, bagi memenuhi permintaan golongan bujang dan warga emas, kata Menteri Pembangunan Negara, Encik Desmond Lee.

Jumlah itu satu kenaikan sekitar 30 peratus daripada bilangan 2021 hingga 2023, katanya di Parlimen pada Isnin.

Encik Lee berkata demikian ketika menjawab soalan Encik Xie Yao Quan (GRC Jurong) sama ada lebih banyak flat dua bilik akan ditawarkan dalam projek BTO Plus dan Prime pada masa depan.

Orang bujang berusia 35 tahun dan ke atas boleh memohon flat sedemikian dalam semua projek BTO di seluruh negara di bawah satu rangka kerja perumahan awam baru yang berkuat kuasa mulai separuh kedua 2024.

Buat masa ini, mereka hanya boleh membeli flat fleksi dua bilik baru di estet belum matang.

HDB juga sedang berusaha mengurangkan masa menunggu bagi flat BTO kepada tiga hingga empat tahun menjelang 2024, berbanding masa menunggu median semasa sekitar empat hingga 4.5 tahun, kata Encik Lee.

Empat Anggota Parlimen (AP) memfailkan soalan mengenai sistem klasifikasi flat BTO baru, yang menggolongkan flat di lokasi pilihan lebih menarik di bawah kategori Prime dan Plus.

Pembeli flat Plus dan Prime akan menerima lebih banyak subsidi di samping subsidi Standard, namun perlu mematuhi syarat lebih ketat, seperti bayaran semula subsidi yang diberi apabila menjual flat mereka dan Tempoh Penginapan Minimum (MOP) 10 tahun.

Ini akan menggantikan rangka kerja semasa HDB yang mengkategorikan estet perumahan sebagai matang atau belum matang.

Flat Standard, yang akan membentuk sebahagian besar bekalan perumahan, mempunyai MOP standard selama lima tahun.

Encik Xie juga bertanya apakah pemerintah akan mempertimbang langkah memendekkan tempoh MOP 10 tahun bagi flat Plus “untuk menetapkan perbezaan lebih jelas dalam syarat penjualan dan penjualan semula antara flat Plus dengan Prime”.

Encik Lee berkata pemerintah telah mempertimbang perkara itu dengan teliti.

“Kami berpendapat MOP selama 10 tahun bertujuan mencapai keseimbangan antara mengukuhkan tujuan bagi penginapan pemilik dari satu segi, dengan memberi pemilik rumah kelonggaran berpindah rumah atas sebab-sebab tulen,” tambahnya.

Beliau berkata kebanyakan isi rumah warga Singapura tinggal di flat HDB mereka 10 tahun atau lebih sebelum menjualnya.

Bagi yang perlu berpindah sebelum tamat MOP mereka, HDB akan menilai rayuan mereka berdasarkan kes, tambahnya.

Mengenai cadangan Encik Xie agar dikenakan had harga ketat ke atas flat Prime dan Plus, Encik Lee berkata ini boleh menyimpang kerana harga mungkin tidak mencerminkan sepenuhnya ciri-ciri flat itu.

Sebaliknya, pemerintah akan memberi subsidi tambahan di samping diskaun pasaran besar yang disediakan bagi flat Standard, untuk menjadikan flat Plus dan Prime lebih mampu bagi julat pendapatan lebih luas, katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >