Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Hubungan S’pura, Timur Tengah makin utuh, liputi pelbagai bidang: PM Lee

Turut tekankan pendekatan konsisten S’pura mengenai Timur Tengah di akhir lawatan ke Arab Saudi, UAE
Oct 23, 2023 | 06:00 PM



Hubungan antara Singapura dan Timur Tengah semakin mendalam sepanjang dua dekad lalu, dan meliputi bidang yang luas melebihi perdagangan dan pelaburan, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.

Bidang kerjasama itu turut mencakupi bidang dalam sektor tenaga hijau, keselamatan siber dan kecerdasan buatan, kata Encik Lee.

Beliau berkata demikian kepada media Singapura pada Ahad di Abu Dhabi, di akhir lawatannya ke Arab Saudi dan Amiriah Arab Bersatu (UAE).

Ini merupakan kali kedua Encik Lee mengadakan lawatan rasmi ke Arab Saudi, dan yang pertama di UAE.

Pada 2000, Encik Goh Chok Tong menjadi Perdana Menteri pertama Singapura untuk mengadakan lawatan rasmi ke UAE.

Ditanya jika pendekatan Singapura ke Timur Tengah telah berubah dalam dua dekad lalu, Encik Lee berkata:

“Pendekatan asas kami konsisten sepanjang dua dekad lalu.

“Kami telah mendekati negara di Timur Tengah; negara Arab dan juga Israel dalam pelbagai isu yang semakin lama semakin meluas.”

Singapura ingin meningkatkan lagi perjanjian perdagangan bebas (FTA) sedia ada dengan negara Majlis Kerjasama Teluk (GCC). GCC terdiri daripada Bahrain, Kuwait, Oman, Qatar, Arab Saudi dan UAE.

GCC juga kini meneroka peluang untuk mengadakan FTA dengan Asean.

“Dari segi pendekatan kami di Timur Tengah, ini adalah negara-negara yang mempunyai potensi untuk berkembang, memiliki sumber dan bakat serta sikap positif terhadap kami.

“Semangat muhibahnya dapat dirasakan, dan kita harus memanfaatkannya sebaik mungkin,” ujar Encik Lee.

Pada Ahad, Singapura dan UAE telah memeterai sebanyak lapan perjanjian termasuk dalam ekonomi hijau, usaha menangani perubahan iklim, pensijilan halal, tenaga, pendidikan, pemerintah digital, kecerdasan buatan dan keselamatan siber.

Singapura dan Arab Saudi pula sebelum itu memeterai beberapa MOU dalam pelbagai bidang termasuk pembangunan kepimpinan dan modal insan; pendidikan teknikal, vokasional dan latihan (TVET); teknologi kewangan (fintech); serta tenaga dan logistik.

Mengenai peralihan ke tenaga diperbaharui, Encik Lee berkata Singapura sedang meneroka peluang untuk mengimport tenaga hijau daripada pelbagai sumber. Dalam hal ini, akan terdapat peluang untuk bekerjasama dengan UAE, katanya.

Tambah Encik Lee, Singapura dan UAE kini menghadapi cabaran untuk mengubah ekonomi masing-masing dalam peralihan kepada tenaga hijau.

Lawatan Encik Lee ke UAE itu juga menjelang Perbincangan Iklim COP28 yang bakal dihos oleh UAE pada November. Mesyuarat itu akan membincangkan kemajuan dalam menangani perubahan iklim.

“Kami berharap COP akan dapat mencapai kesimpulan yang penting untuk mengambil langkah lanjut dan membuat komitmen tambahan bagi mencapai matlamat 1.5 darjah,” ujar Encik Lee.

Matlamat 1.5 darjah merujuk kepada matlamat di Perjanjian Paris untuk membataskan kenaikan suhu dunia kepada kurang 1.5 darjah Celsius.

Dalam rangka lawatannya ke UAE, Encik Lee juga telah melawat Abu Dhabi National Oil Company (ADNOC) dan mendengar taklimat mengenai usaha mengurangkan pengeluaran karbon.

Satu isu yang perlu ditangani di COP adalah apakah yang akan berlaku jika dunia mengurangkan karbon, dan tiada lagi pasaran bagi minyak dan gas, kata Encik Lee. Ini harus dibincangkan di mesyuarat COP akan datang, tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >