Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Dera pembantu rumah hingga mati

Hukuman penjara wanita ditambah 3 tahun kerana suruh menantu hapuskan rakaman CCTV

Jun 26, 2023 | 03:36 PM



Seorang wanita yang menyuruh menantu lelakinya, seorang pegawai polis, supaya menghapuskan rakaman video yang menunjukkan dia dan anak perempuannya mendera pembantu rumah mereka hingga mati, dikenakan hukuman penjara tambahan selama tiga tahun pada Isnin.

Prema S Naraynasamy, 64 tahun, mengaku bersalah pada 15 Jun atas satu pertuduhan menghasut Kevin Chelvam, 44 tahun, seorang pegawai polis, supaya menghapuskan bukti-bukti kesalahan yang dilakukan di flat mereka di Bishan.

Hadir di mahkamah melalui pautan video, Prema, yang memakai topeng dengan rambut pada paras bahu, menundukkan kepala ketika hukuman dibacakan kepadanya.

Dia kini menjalani hukuman penjara 14 tahun setelah mengaku bersalah atas 47 pertuduhan menyebabkan kecederaan secara sukarela kepada warga Myanmar, Cik Piang Ngaih Don, 24 tahun, dan satu pertuduhan cuba menyebabkan kecederaan pada pembantu rumah itu secara sukarela.

Mahkamah mendengar sebelum ini bahawa Prema sedar kamera pengawasan (CCTV) di flat itu merakam penderaan tersebut dan memberitahu Chelvam supaya membuka dan mencabut sambungan perakam daripada kamera dan menyerahkan peranti itu kepadanya.

Dia kemudian menyembunyikan alat itu dalam beg menantu perempuannya, Isabella, yang mengunjungi flat itu pada hari yang sama.

Walaupun Isabella tidak menyedari kepentingan perakam itu, Prema menyuruhnya melakukan sesuatu dengannya. Isabella kemudian menyerahkan perakam itu kepada suaminya, yang memberikannya kepada seorang rakan.

Isabella dan suaminya memberi rakaman itu kepada polis apabila penyiasat tiba di rumah mereka.

Cik Piang, yang mempunyai seorang anak lelaki berusia tiga tahun, bekerja di luar Myanmar buat pertama kali dan tidak dibenarkan memiliki telefon bimbit dan hari cuti.

Beliau meninggal dunia akibat kecederaan otak dengan kesan trauma daripada benda tumpul yang teruk pada lehernya pada 26 Julai 2016, selepas 14 bulan didera berulang kali.

Penderaan yang dialaminya merupakan salah satu kes penderaan pembantu rumah paling teruk di Singapura.

Cik Piang tidak diberi makan dan kehilangan 15 kilogram dalam tempoh 14 bulan bekerja dengan keluarga itu dan berat badannya hanya 24 kilogram apabila beliau meninggal dunia.

Beliau juga diikat pada jeriji tingkap pada waktu malam pada hari-hari sebelum kematiannya dan diseksa jika beliau cuba menyelongkar tong sampah untuk mencari makan.

Prema menyerang mangsa pada 25 Julai 2016, bersama anak perempuannya dan tertuduh bersama, Gaiyathiri Murugayan, 43. Gaiyathiri dijatuhi hukuman penjara 30 tahun pada 22 Jun 2021 - hukuman penjara paling lama dikenakan dalam kes penderaan pembantu rumah di sini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >