Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Identiti S’pura kukuh dalam tangani tekanan asing: Vivian

Sep 21, 2023 | 06:46 PM



Singapura mengambil langkah berjaga-jaga dalam menghadapi kemungkinan operasi pengaruh luar dalam masyarakat, namun identitinya yang kukuh menjadi benteng dalam menghadapi tekanan seperti itu, kata Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan pada Rabu.

Beliau berkata demikian dalam respons kepada soalan pemberita CNN International, Cik Christiane Amanpour, berkaitan tindakan pemerintah terhadap laporan yang menyatakan China kini berusaha mempengaruhi orang Cina dari seluruh Asia Tenggara, termasuk di Singapura.


“Ini sesuatu yang kita perlu sedari. Ia juga sesuatu yang memerlukan langkah berjaga-jaga.

“Namun, pada asasnya, saya meletakkan keyakinan penuh terhadap warga Singapura.

“Kita sedar akan identiti kita dan lebih penting lagi, kita faham apa kepentingan nasional jangka panjang kita, iaitu untuk tidak menjadi negara abdi kepada sesiapa pun,” menurut Dr Balakrishnan.

Beliau berkata Singapura mengambil jalan tengah antara Amerika Syarikat dengan China, dan akan terus mengutamakan kepentingan nasionalnya.

“Cara kita menghadapi hubungan antara Amerika Syarikat dengan China adalah dengan bersikap terus terang dengan kedua-duanya. Kita memberitahu mereka tentang kepentingan nasional jangka panjang kita,” ujarnya.

Menurut Dr Balakrishnan, kedua-dua negara memainkan peranan masing-masing dalam kepentingan nasional Singapura dan negara ini mengambil pendekatan “membina dan jujur”.

Identiti Singapura melebihi identiti yang berkait dengan bangsa dan bahasa, kata Dr Balakrishnan.

“Singapura merupakan negara muda dengan pelbagai bangsa dan bahasa. Kita bukan Cina, kita bukan India, kita bukan Melayu dan kita tentu sekali bukan warga Amerika Syarikat.

“Saya yakin akan kewujudan identiti Singapura yang kukuh. Kita mungkin berbual dalam bahasa berbeza, dengan kulit berlainan warna. Namun, jika anda datang ke Singapura, anda akan menyedari bahawa kita mempunyai identiti kukuh,” katanya.

Dalam pada itu, warga Singapura mampu berbual dalam bahasa berbeza dan menjalin hubungan yang baik dengan warga negara lain, dan ini merupakan satu aset penting, tambah Dr Balakrishnan.

“Kebanggaan terhadap budaya, kelancaran berbahasa, serta keupayaan memahami dan menghargai peluang, di negara Barat dan Timur, di India dan di Eropah, merupakan kelebihan strategik bagi kita.

“Oleh sebab kita mampu memahami peluang itu, sesetengah orang mungkin berasa mereka mempunyai peluang mempengaruhi kita,” ujarnya.

Ditanya mengenai cara Singapura menghadapi tindakan Amerika dan China dalam persaingan meraih pengaruh di Asia-Pasifik, Dr Balakrishnan berkata negara ini mempunyai hubungan baik dengan kedua-duanya.

“Kita mempunyai hubungan yang baik dengan Amerika dan China. Ia bukan benar dari segi kata-kata sahaja.

“Amerika merupakan pelabur asing terbesar di Singapura, (dan) ia juga rakan kongsi khidmat perdagangan terbesar Singapura.

“China merupakan rakan kongsi barangan terbesar kita. Kita juga pelabur besar di China, kita juga mempunyai pelaburan di Amerika.

“Bagi kita, dunia terbaik adalah apabila dua negara besar ini berbaik antara satu sama lain,” kata Dr Balakrishnan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >