Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Institut Peruncitan NTUC LHUB dilancar, bantu industri tarik, kekalkan bakat

Jun 19, 2023 | 06:29 PM



Sektor runcit Singapura bakal dipertingkat dengan penubuhan sebuah institut yang akan membantu industri itu menarik dan mengekalkan bakat.

Dilancarkan pada Isnin, Institut Peruncitan Hab Pembelajaran Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC LHUB) itu akan bekerjasama dengan ketua industri bagi membangunkan sebuah rancangan pembangunan kerjaya dengan mengenal pasti trend baru untuk memilih dan menyediakan kurikulum dan latihan kemahiran yang relevan bagi menarik dan mengekalkan bakat runcit.

Pelancaran institut itu diadakan di acara Runcit Dibayangkan Semula: Cerapan dan Inovasi untuk Melayari Gelombang Transformasi di Institut Pembelajaran Sepanjang Hayat, dan turut dihadiri Setiausaha Agung NTUC, Encik Ng Chee Meng.


“Institut Peruncitan NTUC LHub berada pada kedudukan yang baik untuk memimpin pengagregatan kemahiran baru dan membolehkan hasil yang ketara dengan pekerja mengambil pekerjaan baru atau yang direka semula dengan melengkapi pekerja dengan kemahiran yang berkaitan dengan industri dan bersedia untuk masa hadapan.

“Melalui kerjasama rapat dengan pertubuhan terkemuka dalam sektor peruncitan dan memanfaatkan rangkaian Gerakan Pekerja, serta melalui Jawatankuasa Latihan Syarikat NTUC, Institut Peruncitan LHUB akan dapat membantu pekerja kami dalam sektor peruncitan mendapatkan pekerjaan dan prospek kerja yang lebih baik dengan kemahiran yang lebih baik,” kata Encik Ng.

Penubuhan institut itu menyusuli pengumuman oleh  Tenaga Kerja Singapura (WSG) mengenai Peta Transformasi Pekerjaan (JTM) dan Penyepadu Kemahiran Pekerjaan untuk Runcit (JSIT-R), di mana NTUC LHUB adalah rakan latihan utama untuk merapatkan jurang dalam pengagregatan kemahiran, menurut NTUC LHUB dalam satu kenyataan.


Institut itu juga ditubuhkan berikutan pelantikan NTUC LHUB baru-baru ini sebagai pusat Pendidikan & Latihan Berterusan (CET) untuk sektor runcit oleh SkillsFuture Singapore.

“Meneruskan usaha meningkatkan gaji pekerja melalui Model Gaji Progresif yang dilancarkan pada September 2022, Institut Peruncitan LHUB bertujuan bagi memperkukuh komitmen NTUC LHUB untuk memberikan sokongan yang lebih baik kepada perniagaan dan tenaga kerja runcit melalui latihan kemahiran dalam produktiviti dan piawaian,” kata NTUC LHUB dalam kenyataannya pada Isnin.


“Ini dilakukan dengan mengagregat trend dan kemahiran baru, menyusun latihan dan kurikulum yang berkaitan untuk membantu sektor runcit kekal mendahului perubahan teknologi, serta pilihan pengguna yang sentiasa berubah dan pengantarabangsaan yang semakin meningkat,” tambahnya.

Selaras dengan pelancaran Institut Peruncitan LHUB, NTUC LHUB menandatangani Memorandum Persefahaman (MOU) dengan tujuh pertubuhan dalam sektor runcit Singapura seperti Kumpulan FairPrice dan Kumpulan Sheng Siong untuk menubuhkan kerjasama dan membangunkan Pelan Pembangunan Kerjaya (CDP) yang diiktiraf industri untuk menarik, memupuk dan mengekalkan bakat dalam sektor itu.

“Ini adalah kali pertama pihak-pihak itu berkumpul untuk bekerjasama dengan NTUC LHUB dalam ruang CET,” kata kenyataan itu.

Bersama rakan kongsi runcit itu, Institut Peruncitan LHUB akan bekerjasama dengan ekosistem Latihan dan Penempatan NTUC dan JSIT-R untuk membangunkan laluan pembangunan kerjaya progresif yang sejajar dengan JTM bagi runcit.

Karyawan runcit boleh menjangkakan kurikulum bermutu tinggi yang berkaitan dengan industri seperti kursus Kelayakan Kemahiran Tenaga Kerja (WSQ) yang boleh ditindan dan lawatan belajar industri, manakala mereka yang berminat untuk memasuki sektor itu boleh menjangkakan sokongan dalam peralihan kerjaya melalui inisiatif penempatan untuk peranan kerja yang direka semula dan baru.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >