Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Isi atau tidak? Syarat kad digital masuk M’sia buat warga S’pura keliru

Dec 02, 2023 | 05:28 PM



Sebahagian warga Singapura masih keliru berhubung protokol yang perlu dituruti apabila hendak memasuki Malaysia.

Ini selepas Jabatan Imigresen Malaysia, pada 1 Disember mengumumkan semua warga asing yang memasuki negara itu perlu mengisi Kad Ketibaan Digital Malaysia (MDAC) mulai hari yang sama.

Namun, difahamkan kelonggaran diberikan sehingga 7 Disember sebelum protokol itu dilaksana sepenuhnya.

Dua warga Singapura yang memasuki Malaysia pada 1 Disember memberitahu Berita Minggu (BM) mereka tidak diminta mengisi MDAC atau borang lain oleh pegawai bertugas.


Cik Dewi Azlyn Borhan, 43 tahun, berkongsi bahawa beliau dan keluarganya menyeberang ke Johor melalui Pusat Pemeriksaan Woodlands “seperti biasa” sahaja.

Mereka masuk ke Johor Bahru pada 8 pagi, dengan Cik Dewi menunggang motosikal, manakala ibu bapanya menaiki kereta.

“Pegawai imigresen di Johor Bahru tak cakap apa-apa atau minta apa-apa pun tentang kad ketibaan digital,” kata beliau yang berkata beliau tidak melihat poster atau papan tanda mengenai pengisian MDAC di kompleks imigresen.

Cik Dewi, yang bekerja dalam sektor makanan dan minuman (F&B) itu berkata beliau hampir-hampir mengisi borang MDAC sebelum ke Malaysia tetapi memutuskan tidak berbuat demikian selepas diberitahu oleh seorang pemandu di Johor Bahru bahawa borang itu hanya untuk warga asing yang menaiki pesawat ke Malaysia..

Encik Mohammad Hanafi, 44 tahun, juga mengalami pengalaman serupa.

“Tiada orang minta apa-apa dan saya tidak isi apa-apa borang,” kata pemandu kereta sewa privet itu.

Beliau memandu masuk ke Johor Bahru menerusi Pusat Pemeriksaan Woodlands pada 3 pagi untuk mengisi minyak.

Ditanya sama ada protokol baru itu mengelirukan dan membebankan pelawat sepertinya, Encik Hanafi berkata:

“Ya, ia melecehkan untuk pemandu, terutamanya pemandu kereta sewa privet yang kerap ke Johor Bahru untuk isi minyak.”

Pengumuman mengenai protokol baru itu menimbulkan pelbagai reaksi dalam kalangan warga Singapura sejak Jumaat.

Hantaran dan ruangan komen di media sosial dibanjiri dengan pertanyaan mengenai keadaan semasa di pusat imigresen.

Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Malaysia, Datuk Ruslin Jusoh, pada 1 Disember, berkata MDAC dikecualikan bagi penduduk tetap Malaysia dan pemegang Sistem Pelepasan Automatik Malaysia (Macs).

Pelawat boleh mengisi data MDAC secara dalam talian seawal tiga hari sebelum ketibaan ke Malaysia.

BM telah menghubungi Jabatan Imigresen Malaysia untuk mendapatkan butiran lanjut.

Sementara itu, satu video di media sosial berkata hanya warga asing yang menggunakan pintu masuk elektronik atau e-gate untuk memasuki Malaysia perlu mengisi MDAC.


Video itu, yang dimuat naik di Facebook oleh pengguna bernama Ctfz Crafty, menunjukkan perbualan seorang pemandu wanita bersama pegawai imigresen Malaysia.







Pada Januari, warga Singapura dibenarkan menggunakan kemudahan e-gate di dua pintu masuk darat ke Johor Bahru. Pengguna e-gate perlu mengisi MDAC sebelum memasuki Malaysia.


Ini diperluaskan sebulan kemudian untuk membolehkan rakyat Singapura dan warga asing dari sembilan negara “berisiko rendah” menggunakan kemudahan pintu masuk automatik untuk melalui imigresen di Terminal 1 Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan Terminal 2 KLIA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >