Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Isu ‘vadai’ asli: Bos The Original Vadai ulas kritikan warganet M’sia

Oct 05, 2023 | 09:02 PM



Pemilik jenama tempatan The Original Vadai, yang baru-baru ini menerima kritikan warganet selepas membuka satu cawangan di Kuala Lumpur menjelaskan bahawa nama kedai itu adalah nama jenama sahaja dan bukan untuk menuntut keaslian gorengan India itu.

Encik Stephen Suriyah ketika dihubungi Berita Harian berkata beliau akur, bahawa gorengan asli Vadai yang berasal dari India dan diperbuat oleh bahan asalnya, masih dijual di kedai makanan India di Malaysia dan dikenali ramai penduduk di situ sebagai ‘vadai’.


Beliau juga tidak menafikan bahawa versi vadai itu benar-benar adalah gorengan vadai asli atau ‘original’.




@malaysianspeaks

Ngilu tengok orang gigit cili, tapi lepas try, sumpah min nak repeat lagi lepas ni kat @theoriginalvadaimy #theoriginalvadaimy #fyp #bestfoodinkl

♬ original sound - Malaysian Speaks - Malaysian Speaks



Namun apa yang dimaksudkan dalam nama kedai ‘The Original Vadai’ bukan berniat menuntut keaslian produk mereka.

Sebaliknya ia adalah satu gelaran yang diberikan kepada pelanggan dari Singapura yang menganggap gorengan disajikan perniagaan itu sejak lebih tiga dekad lalu, sebagai vadai ‘original’.

Dalam laman The Original Vadai yang menyatakan sejarah produk mereka, versi Vadai mereka yang menjadi tular di Singapura sejak ia diperkenal kepada pelanggan bazar Singapura pada tahun lewat 1980-an adalah satu ubahan daripada vadai asli yang berasal dari India.

Versi gorengan asli dari India Selatan itu diperbuat oleh bahan kacang lentil (sejenis kacang dal), kentang serta beberapa rempah dan herba, dan digoreng.

Versi yang dijual The Original Vadai adalah versi diubah ibu Encik Stephen – Cik Jumana Rani, pemilik petama The Original Vadai – yang pada zaman itu, mengubah resipinya bagi menyesuaikannya kepada cita rasa pelanggan tempatan hingga ia lebih “ringan” dan “bertepung” (fluffy).

Ciptaan itu kemudian dikenali ramai sebagai ‘vadai’, kata Encik Stephen.

Meskipun begitu, Encik Stephen juga tidak menafikan bahawa terdapat pelbagai variasi vadai yang dijual ramai peniaga di Singapura pada ketika itu.

“Pertama kali saya dapat tahu tentang kritikan ini saya rasa agak terkejut,” kata Encik Stephen, 34 tahun yang kini sedang berada di KL.

“Sebab itu saya terpaksa duduk di kedai lama sikit untuk memberi penjelasan kepada pelanggan yang datang,” katanya.

Encik Stephen, pemilik generasi kedua The Original Vadai, pada 2 Oktober, membuka cawangan pertamanya di Malaysia, di pusat beli-belah Lot 10, Bukit Bintang, Kuala Lumpur.

Pembukaannya disambut meriah dengan beberapa artis terkemuka seperti Aaron Aziz dan Nabila Huda turut hadir.

Namun warga net mengkritik kedai tersebut dengan menyatakan bahawa vadai yang dijual jenama Singapura itu bukan versi asalnya.

Ini selepas satu video yang dimuat naik di TikTok oleh Malaysia Speaks menjadi tular dengan pengguna menuntut agar kedai tersebut tidak mengelirukan keaslian gorengan itu.

“Ini bukan vadai, ia cucur udang. Usah salah tafsir dan tukar resipi asal kami,” kata seorang pengguna.

Lantaran itu Encik Stephen berkata beliau tahu di Malaysia terdapat versi asal gorengan vadai yang diperbuat oleh kacang lentil dan dijual dalam bentuk asalnya di kedai-kedai makanan India.

Beliau juga mempertahankan bahawa gorengan cucur udang itu tidak diperbuat oleh bahan yang sama vadai udang yang dijual kedainya.

“Vadai yang kami jual bukan vadai asli yang boleh didapati dari India. Ia adalah satu ubahan bagi menyesuaikan gorengan itu kepada cita rasa ramai di Singapura,” katanya.

“Sehingga kini, ia sudah menjadi satu kebiasaan untuk penduduk Singapura memanggil versi yang diubah oleh ibu saya itu sebagai vadai,” jelasnya lagi.

Encik Stephen berkata rata-rata sambutan di KL agak baik.

Ramai pelanggan sudah tahu produk mereka dan ingin cuba vadai mereka selepas mendapat tahu jenama dari Singapura itu akan buka kedai di Malaysia, katanya.

“Tetapi ada sebahagian pelanggan yang masih ragu-ragu terhadap nama kedai saya ini. Jadi saya terpaksa menjaga kedai untuk menjelaskan kepada mereka,” tambah Encik Stephen.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >