Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jam tangan $7 juta, beg Hermes $250,000, antara dirampas dalam serbuan pengubahan wang haram berbilion dolar

Aug 19, 2023 | 10:44 PM



Beg Hermes Birkin bernilai $250,000 dan jam tangan Patek Philippe yang berharga lebih $7 juta di pasaran jualan semula, dikatakan adalah antara barang yang dirampas dalam serbuan minggu ini yang dijalankan oleh polis dalam kes pengubahan wang haram bernilai bilion dolar.

Tiga pakar industri, dan mereka yang memiliki perniagaan menjual semula barangan berjenama seperti itu, berkata barangan mewah ini tidak mudah dibeli.

Pada Selasa, 10 warga asing yang memegang pasport dari China, Turki dan Kemboja telah ditahan dalam operasi pencegahan pengubahan wang haram.

Wang tunai dan aset kira-kira $1 bilion telah dirampas, dibekukan atau dikeluarkan perintah larangan tidak boleh dijual.

Sembilan lelaki dan seorang wanita berusia 31 hingga 44 tahun itu didakwa pada Rabu kerana disyaki terlibat dalam kesalahan termasuk pemalsuan, pengubahan wang haram dan menentang penahanan. Kesemua 10 orang itu berasal dari Fujian, China.

12 lain sedang membantu dalam siasatan, manakala lapan lagi dalam pelarian dan telah diletakkan dalam senarai dikehendaki.

Polis berkata lebih 250 beg dan jam tangan mewah dirampas dalam serbuan itu.

Gambar barangan berjenama yang dirampas menunjukkan deretan jam tangan mewah, dengan kebanyakannya berharga lebih $250,000, kata Encik William Tan, pengurus pengedar jam tangan mewah Watch Exchange.

Encik Tan berkata satu jam tangan dalam koleksi itu nampaknya merupakan Sky Moon Tourbillon oleh pengeluar jam tangan mewah Switzerland Patek Philippe, dan dijangka memperoleh harga lebih $7 juta di pasaran jualan semula.

South China Morning Post melaporkan model yang jarang ditemui ini dijual dengan rekod AS$5.8 juta ($7.8 juta) awal tahun ini, satu jualan yang menandakan salah satu harga tertinggi yang dibayar untuk jam tangan di lelongan.

Mereka yang menjalankan perniagaan menjual semula beg dan jam tangan mewah berkata ramai pelanggan mereka adalah warga Singapura, walaupun lebih ramai pelancong dari Asia, termasuk China dan Indonesia, telah mengunjungi kedai mereka sejak sempadan dibuka semula selepas wabak itu.

Pembukaan semula sempadan telah mendorong lonjakan permintaan untuk barangan mewah tersebut, kata pakar industri.

Encik Tan menambah: “Orang kaya bukan sahaja mempunyai peluang perbelanjaan terhad semasa pandemik tetapi mereka juga menyedari bahawa model jam tangan tertentu adalah pelaburan yang baik, dan memutuskan untuk membeli barangan ini.”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >