Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jel lebih lama bagi lelaki tipu pencari kerja migran

Jul 27, 2023 | 04:24 PM



Seorang pengarah syarikat yang dikaitkan dengan kes melibatkan 832 pencari kerja migran ditipu lebih $600,000 akan meringkuk lebih lama dalam penjara selepas dia mengaku bersalah terhadap 178 pertuduhan pada Rabu.

Selepas perbicaraan, Clarence Lim Jun Yao dan rakan sejenayahnya, Terry Tan-Soo I-Hse, disabitkan pada 2019 atas tiga pertuduhan menjalankan perniagaan penipuan melibatkan tiga syarikat.

Lim, kini 35 tahun, dijatuhi hukuman penjara lima tahun enam bulan dan diperintahkan membayar pampasan $174,385 pada 2021.

Dia dihukum penjara empat bulan setelah mengaku bersalah pada Rabu terhadap 178 tuduhan dibawah Akta Pengambilan Kerja Tenaga Kerja Migran, lapor The Straits Times.


Tuduhan ini dikaitkan dengan yuran berjumlah lebih $300,000 yang dibayar oleh pencari kerja migran. Lim akan menjalani hukuman terbaru itu selepas menamatkan hukuman penjara awalnya.

Tan-Soo, ketika itu berusia 42 tahun, mengaku bersalah pada 2020 terhadap 258 pertuduhan di bawah Akta Pengambilan Kerja Tenaga Kerja Migran dan Akta Agensi Pekerjaan.

Dia kemudiannya dijatuhi hukuman penjara tiga tahun empat bulan dan denda $121,000. Dia juga diperintah membayar $57,660 sebagai pampasan.

Dua lelaki ini terlibat dalam kes menipu 832 pencari kerja migran hingga memberi lebih $600,000 bagi yuran pendahuluan dan caj lain untuk pekerjaan yang tidak wujud.

Pada masa kesalahan itu, Tan-Soo mengetuai firma bernama Asia Recruit (AR), manakala Lim mengetuai Asiajobmart (AJM) dan UUBR International.

Carian dalam senarai Penguasa Pengawalan Korporat dan Perakaunan (Acra) mendedahkan bahawa Lim bukan lagi pengarah di AJM.

Sebaliknya, dia pengarah di dua firma, Trade Capitol dan Winnerforce M&C.

Sekitar atau sebelum 10 Mac 2015, mereka mempunyai rancangan menggunakan AR dan AJM untuk mengendalikan perniagaan penipuan – kononnya untuk menyediakan perkhidmatan dan pekerjaan berkaitan pekerjaan kepada warga asing, sedangkan tiada perkhidmatan sedemikian disediakan.

Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Nicholas Tan dan Sarah Thaker memberitahu mahkamah pada Rabu bahawa tiada pekerjaan sedemikian wujud. Kedua-dua DPP berkata janji temu duga kerja dan portal pekerjaan dalam talian pula adalah palsu. Selepas pencari kerja memberikan maklumat hubungan mereka kepada AR dan AJM, UUBR menjemput mereka untuk menghadiari “temuduga” bagi pekerjaan di UUBR.

Temu bual di UUBR juga palsu, dengan UUBR menawarkan pekerjaan kepada pemohon dengan syarat mereka terlebih dahulu membayar yuran untuk latihan wajib. UUBR tidak berniat atau berupaya untuk mengajikan mereka. Tiada seorang pun pencari kerja akhirnya bekerja di UUBR, walaupun mereka telah membayar yuran.

Dari Ogos hingga November 2015, UUBR mengemukakan 178 permohonan pas kerja kepada MOM untuk pencari kerja.

Lim, yang ketika itu menerajui firma itu, melakukannya walaupun dia tahu bahawa ia akan gagal, kata kedua-dua DPP.

Pencari kerja membayar yuran lebih $300,000 kepada UUBR. Lim tidak membuat sebarang pembayaran balik sukarela.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >