Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jual baju secara sambilan cetus ilham buka kedai snek nostalgia

Oct 18, 2023 | 04:31 PM



Walaupun sibuk membesarkan dua puteri sebagai ibu tunggal, ia tidak mematahkan semangat Cik Neli untuk membuka perniagaan Nelly’s Retro Snacks sekitar 2017.

Tidak pula disangkanya bahawa beliau dapat mengembangkan perniagaannya kepada tiga kedai pada hari ini.

Syarikatnya baru-baru ini tular di media sosial kerana catatan pada 14 Oktober 2023 yang menguar-uarkan cawangan mereka yang baru di Causeway Point, Woodlands – dua lagi cawangan terletak di Junction Nine, Yishun dan Punggol Plaza.

Setakat hari ini, catatan itu telah dikongsi lebih 800 kali.

Syarikatnya menjual snek-snek lama yang menggamit nostalgia seperti keropok ubi kayu, biskut gula dan lain-lain.

Berkongsi kepada Berita Harian (BH), anak bongsu beliau, Cik Ng Jia Ning, berkata ibunya seorang yang cekal dan telah membesarkan kedua-dua beradik sendirian selama lebih 20 tahun sejak bercerai dengan suaminya.

Gadis berusia 26 tahun itu berkata: “Sebelum ini, beliau bekerja sepenuh masa di Takashimaya dan pada hujung minggu, beliau bekerja menjual baju secara sambilan di pasar-pasar basah. Ini semua dilakukan demi menyara keluarga,” jelas beliau.

Ibunya kemudian beralih kepada menjual baju sepenuh masa dan situlah ilham mengasaskan bisnes snek lama berputik.

Cik Ng menambah ibunya mendapati sekitar 2016 bahawa tidak ramai yang menjual snek dan makanan sedemikian.

“Sejujurnya, saya lebih berminat kepada industri berkaitan teknologi tetapi memandangkan kakak tinggal di Thailand, saya bantu (ibu) seadanya.

“Dapat lihat beliau (ibu) betul-betul tungkus-lumus, sehinggakan beliau tiada masa untuk dirinya sendiri,” ujar Cik Ng.

Beliau menjelaskan sungguhpun respon terhadap bisnes bertambah kompetitif sejak kebelakangan ini disebabkan pertumbuhan bisnes-bisnes serupa, beliau yakin perniagaan di bawah kendalian ibunya dapat bertahan.

“Kami sentiasa mencari snek atau barangan unik dan digemari ramai,” ujarnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >