Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jumlah pemilik kenderaan disaman kerana ubah suai ekzos secara haram, berkurangan

Jul 09, 2023 | 01:37 PM



Peraturan dan tindakan penguatkuasaan yang lebih ketat telah menyebabkan lebih sedikit pemilik kenderaan dikenakan saman kerana mengubahsuai kenderaan secara haram atau membuat bunyi bising yang berlebihan.

Pada 2022, Penguasa Pengangkutan Darat (LTA) mengeluarkan saman untuk 1,215 kes pengubahsuaian ekzos haram – turun daripada 1,781 kes pada 2021 dan 1,650 kes pada 2020.

Dalam pada itu, Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) menerima 85 kes maklum balas mengenai kenderaan bising, turun daripada 175 kes pada 2021 dan 190 kes pada 2020.

Tindakan penguatkuasaan telah diambil terhadap 66 kenderaan pada 2022, 76 kenderaan pada 2021 dan sembilan kenderaan pada 2020 kerana gagal mematuhi piawaian pelepasan bunyi bising.

Menteri Kemampanan dan Sekitaran, Cik Grace Fu, berkongsi angka–angka tersebut dalam dalam satu jawapan bertulis Parlimen pada Isnin kepada Anggota Parlimen GRC Ang Mo Kio, Encik Gan Thiam Poh.

NEA telah mengetatkan lagi piawaian pelepasan bunyi bising kenderaan mulai 1 April, mewajibkan tahap bunyi dikeluarkan kenderaan untuk berada dalam julat 68 desibel (kereta) hingga 77 desibel (motosikal) – setara dengan tahap perbualan biasa.

Piawaian bunyi bising juga akan diketatkan untuk kenderaan komersial baru mulai April 2024.

Encik Gan memuji usaha pihak berkuasa dalam melakukan pemeriksaan secara berkala, tetapi beliau mencadangkan agar pemeriksaan diperluaskan ke lebih banyak kawasan di Singapura.

Menurutnya, tanpa melakukan pemeriksaan, adalah sukar untuk menangkap pemandu dan penunggang motosikal yang melakukan pengubahsuaian ekzos secara haram kerana penduduk mungkin tidak dapat mencatat nombor plat untuk diserahkan kepada pihak berkuasa.

Menurut NEA, pesalah kali pertama yang kenderaannya melebihi piawaian pelepasan bunyi bising boleh didenda sehingga $2,000, manakala pesalah berulang boleh didenda sehingga $5,000.

LTA berkata denda bagi pesalah kali pertama yang memasang pengubahsuaian ekzos haram pada kenderaan mereka telah digandakan daripada $500 kepada $1,000 sejak Julai 2021. Mereka boleh didenda sehingga $5,000 dan dipenjara sehingga tiga bulan. Pesalah berulang boleh didenda sehingga $10,000 dan dipenjara sehingga enam bulan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >