Subuh
5:34
Syuruk
6:58
Zuhur
1:05
Asar
4:29
Maghrib
7:09
Isyak
8:24
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Jururawat papar dedikasi, tekad dan keberanian tinggi: Presiden Halimah

Tujuh disampaikan Anugerah Jururawat Presiden 2021 atas sumbangan kepada bidang kejururawatan
Jul 15, 2021 | 05:30 AM



JURURAWAT telah memaparkan dedikasi yang tinggi, tekad dan keberanian dalam semua aspek, lebih-lebih lagi dalam keadaan pandemik Covid-19 yang melanda dunia sekarang.



Memuji sikap jururawat itu, Presiden Halimah Yacob akur bahawa tempoh setahun setengah yang lepas adalah amat mencabar buat jururawat dengan sistem penjagaan kesihatan dibebani penularan Covid-19.



"Sebagai pekerja barisan hadapan, jururawat memikul beban paling berat krisis ini.



"Saya berbangga bahawa jururawat kita telah menyahut cabaran tanggungjawab mereka yang berat ini dengan keberanian. Anda semua bekerja dalam keadaan tertekan dan sukar seperti masa kerja yang panjang dengan memakai Kelengkapan Perlindungan Peribadi (PPE)," ujar beliau.



Presiden Halimah berkata demikian dalam majlis Anugerah Jururawat Presiden yang diadakan secara maya semalam.



Seramai tujuh jururawat menerima Anugerah Jururawat Presiden 2021 itu sebagai mengiktiraf sumbangan mereka kepada bidang kejururawatan.



Minggu lalu, seramai 125 jururawat turut diiktiraf melalui Anugerah Merit Jururawat.



Dalam ucapannya juga, Puan Halimah melahirkan kekecewaannya mengenai sebilangan jururawat yang telah mengalami gangguan dan perlakuan kasar oleh pelawat hospital yang marah dengan sekatan peraturan kunjungan dek Covid-19.



"Ini tidak boleh diterima sama sekali kerana tiada alasan untuk sesiapa meluahkan kemarahan terhadap pekerja penjagaan kesihatan yang hanya menjalankan tugas mereka demi memastikan keselamatan orang lain.



"Seperti pekerja lain, jururawat berhak bekerja dalam persekitaran yang selamat.



"Saya menggesa orang ramai untuk menghormati dan menyokong jururawat kita," kata Puan Halimah.



Menurut beliau juga, ramai jururawat juga aktif terlibat dalam program vaksin seluruh negara baru-baru ini.



"Dengan Singapura membuat persiapan untuk menerima Covid-19 sebagai penyakit endemik, jururawat akan terus memainkan peranan kritikal dalam perubahan ini, dan juga dalam menjaga kesihatan rakyat Singapura," ujarnya.



Antara penerima semalam ialah Cik Margaret Lee, 45 tahun.



Beliau telah mendaki tangga kerjaya jururawat dan kini bertugas sebagai ketua jururawat di Hospital Alexandra (AH) di mana beliau telah merubah amalan kejururawatan di situ.



Cik Lee telah merintis sistem yang membolehkan jururawat, bukan doktor, untuk meneraju tugas menjaga kumpulan pesakit tertentu termasuk mereka yang menjalani rawatan khusus seperti mereka yang menjalani rehabilitasi dan juga pesakit yang sudah hampir bersedia dibenarkan pulang ke rumah.




"Sebagai pekerja barisan hadapan, jururawat memikul beban paling berat krisis ini.

Saya berbangga bahawa jururawat kita telah menyahut cabaran tanggungjawab mereka yang berat ini dengan keberanian. Anda semua bekerja dalam keadaan tertekan dan sukar seperti masa kerja yang panjang dengan memakai Kelengkapan Perlindungan Peribadi (PPE).

Dengan Singapura membuat persiapan untuk menerima Covid-19 sebagai penyakit endemik, jururawat akan terus memainkan peranan kritikal dalam perubahan ini, dan juga dalam menjaga kesihatan rakyat Singapura."

- Presiden Halimah Yacob.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >