Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

BERITA

Kadar faedah Akaun Khas CPF, MediSave naik pada suku akhir

Meningkat 0.03 mata peratusan kepada 4.04% setahun
Sep 21, 2023 | 07:49 PM



Kadar faedah bagi Akaun Khas dan Akaun MediSave (SMA) bagi pencarum Tabung Simpanan Pekerja (CPF) akan meningkat 0.03 mata peratusan kepada 4.04 peratus setahun bagi suku terakhir 2023.

Demikian menurut Lembaga CPF dan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) dalam satu kenyataan bersama pada Khamis.

Kenaikan kadar itu disebabkan oleh peningkatan dalam hasil purata Sekuriti Pemerintah Singapura 10 tahun (10YSGS) dalam tempoh 12 bulan. Kadar faedah SMA disandarkan kepada hasil itu, lapor The Straits Times.


Kadar faedah akan kekal pada 2.5 peratus bagi Akaun Biasa (OA) dan 4 peratus bagi Akaun Persaraan (RA) bagi suku akhir 2023.

Para pencarum CPF akan terus menerima bayaran faedah sekurang-kurangnya 4 peratus bagi Akaun Khas,  Akaun MediSave dan Akaun Persaraan pada 2024, kata kenyataan itu.

Ini akan memberi kepastian kepada pencarum CPF di tengah-tengah persekitaran kadar faedah yang tidak menentu, tambah kenyataan itu.

Pemerintah telah mengekalkan kadar faedah lantai 4 peratus bagi Akaun Khas, MediSave dan Persaraan (SMRA) sejak 2008.

Kadar faedah bagi Akaun Khas dan MediSave (SMA) pertama kali meningkat melebihi 4 peratus dari tempoh 1 Julai hingga 30 September pada 2023.

Kadar ini disemak setiap suku tahun bagi memastikan pencarum CPF menerima pulangan adil dan munasabah, tambahnya.

Kadar faedah konsesi bagi pinjaman perumahan Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), yang ditetapkan 0.1 peratus melebihi kadar faedah OA, akan kekal tidak berubah sebanyak 2.6 peratus setahun dari 1 Oktober hingga 31 Disember tahun ini.

Tambahan lagi, pencarum CPF berusia di bawah 55 tahun akan terus memperoleh faedah tambahan 1 peratus setahun bagi $60,000 pertama untuk jumlah simpanan gabungan.

Pencarum berusia 55 tahun dan ke atas akan meraih faedah tambahan 2 peratus bagi $30,000 pertama simpanan gabungan mereka, dan tambahan 1 peratus bagi $30,000 seterusnya.

Kadar faedah CPF ditetapkan berdasarkan hasil instrumen pasaran utama dengan risiko dan tempoh serupa.

Bagi OA, kadar faedahnya berdasarkan kadar deposit tetap 12 bulan dan simpanan hujung bulan di beberapa bank tempatan utama.

Bagi SMA dan RA, kadar faedahnya diperolehi daripada pulangan purata untuk 12 bulan bagi sekuriti pemerintah selama 10 tahun, dicampur 1 peratus lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >