Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Isu sewa banglo Ridout Road

Kakitangan awam terima maklumat istimewa perlu isytihar sebelum sewa hartanah pemerintah

SM Teo: Ini termasuk hartanah negara komersial dan perumahan
Jul 03, 2023 | 05:17 PM



Kakitangan awam yang mempunyai akses kepada penyewaan atau taksiran hartanah pemerintah akan perlu membuat pengisytiharan sebelum mereka boleh menyewa hartanah sedemikian yang diuruskan oleh agensi mereka, kata Menteri Kanan, Encik Teo Chee Hean.

Menyampaikan kenyataannya di Parlimen pada Isnin, Encik Teo menjelaskan bahawa Divisyen Perkhidmatan Awam (PSD) akan memperkenalkan satu tuntutan pengisytiharan standard untuk sekumpulan pegawai yang mempunyai akses atau terlibat dalam hal penyewaan dan taksiran.

Menurut beliau, PSD akan bekerjasama dengan kementerian yang relevan serta badan berkanun seperti Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB), JTC Corporation, Agensi Sekitaran Kebangsaan (NEA) dan Penguasa Tanah Singapura (SLA) untuk melakukan demikian.

Encik Teo yang dilantik oleh Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, untuk meneliti siasatan oleh Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB), berkata:

“Para pegawai dalam pertubuhan ini yang mempunyai akses kepada maklumat istimewa atau siapa yang boleh mempengaruhi hasil keputusan atau kededuanya, akan perlu membuat pengisytiharan sebelum mereka menyewa hartanah pemerintah yang diuruskan agensi mereka.

“Pegawai juga akan harus mengisytiharkan yang mereka telah mengambil langkah yang mencukupi untuk mengelak sebarang konflik kepentingan.

“Misalnya, mereka mengecualikan diri daripada memantau atau memproseskan urus niaga,” ujar Encik Teo.

Hartanah ini termasuk hartanah negara komersial dan perumahan seperti banglo hitam putih, teres, ruang kilang dan pejabat, taman perusahaan, kedai di pusat kejiranan serta gerai penjaja dan pasar.

Menurut Encik Teo, Perdana Menteri juga akan menyemak semula pengisytiharan yang diperlukan untuk urus niaga hartanah bagi para menteri dan Anggota Parlimen (AP) Parti Tindakan Rakyat (PAP).

Sementara itu, beliau turut menekankan sekali lagi bahawa siasatan CPIB dijalankan secara bebas.

CPIB ditugaskan oleh Encik Lee untuk menyiasat dan menentukan jika ada salah laku jenayah atau rasuah berkaitan penyewaan dua hartanah itu.

Encik Teo menarik perhatian bahawa agensi itu melaporkan secara langsung kepada Encik Lee dan bukan kepada Menteri Ehwal Dalam Negeri, atau dirinya sendiri, sebagai Menteri Penyelaras bagi Keselamatan Negara.

“Lagipun, pengarah CPIB boleh secara langsung melaporkan kepada Presiden sekiranya Perdana Menteri menghalangnya daripada menyiasat kemungkinan jenayah – Perlembagaan kita memberi hak ini kepada pengarah CPIB,” terang beliau.

“Tidak ada badan penyiasat yang lebih terperinci, berterusan dan saya berani katakan, menggerunkan di Singapura.”

Encik Teo juga menegaskan bahawa hakikat bahawa Perdana Menteri tidak teragak untuk menugaskan CPIB untuk menyiasat dua menteri kanan itu, menunjukkan yang pemerintah amat serius mengenal hal-hal seperti ini.

Di samping siasatan CPIB, Encik Teo berkata bahawa beliau telah meminta Kementerian Undang-Undang untuk menyediakan taklimat yang terperinci tentang dasar dan proses yang mentadbir pengurusan banglo hitam putih.

Lantaran itu, semakan beliau bergantung kepada dapatan siasatan CPIB mengenai menyewakan kededua hartanah itu serta semakan ke atas dasar dan proses yang mentadbir pengurusan banglo hitam putih, untuk menghasilkan rumusannya.

Menjawab soalan AP tentang sama ada terdapat konflik kepentingan dalam menyewakan dua hartanah itu, Encik Teo menjelaskan bahawa semakan telah merumuskan perkara itu tidak berlaku.

Mengenai sama ada kededua menteri mematuhi Kod Tatalaku untuk Menteri-Menteri, Encik Teo menarik perhatian prinsip yang dibentangkan dalam kod itu meliputi secukupnya sebarang konflik kepentingan yang berpotensi, termasuk dalam kes ini.

Para menteri, pegawai awam dan pihak orang tengah sektor privet sedar tentang tanggungjawab mereka untuk mengisytiharkan dan mengelak daripada sebarang konflik kepentingan lantas mereka mengambil langkah yang bersesuaian untuk mengelak sebarang konflik yang boleh timbul atau konflik yang berpotensi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >