Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Kapal kargo elektrik pertama S’pura dilancar

Nov 23, 2023 | 07:33 PM



Kapal kargo elektrik sepenuhnya yang pertama di Singapura dilancarkan konsortium Goal Zero pada Khamis di Raffles Marina.

Konsortium Goal Zero diketuai SeaTech Solutions, syarikat berpangkalan di Singapura yang mereka bentuk kapal itu.

Yinson GreenTech (YGT), anak syarikat Yinson Holdings yang tersenarai di Bursa, menguruskan program, penyelesaian sistem dan pengkomersialan, dengan Shift Clean Energy sebagai rakan kongsi teknologi bateri.

Registro Italiano Navale cawangan Singapura mengendalikan klasifikasi.

Ketua Pegawai Eksekutif YGT, Encik Eirik Barclay, berkata:

“Kami yakin dapat meraih kelebihan ketara dengan menjadi penggerak awal dalam perlumbaan untuk mencapai pelepasan sifar bersih menjelang 2050, dan kami gembira kerana sudah berbincang dengan rakan kongsi pembiayaan yang menyokong dan bakal rakan kongsi ekuiti.”

Goal Zero ialah salah satu daripada tiga konsortium yang dianugerahkan pembiayaan pada Ogos 2021 untuk membangunkan dan merintis kraf pelabuhan elektrik sepenuhnya di Singapura oleh inisiatif Penguasa Kelautan dan Pelabuhan Singapura (MPA) dan Institut Maritim Singapura (SMI).

Projek ini dibiayai oleh UOB bank.

YGT berkata enam rakan kongsi berpotensi, termasuk Lita Ocean, DM Sea Logistics, OPL Services, RW Marine Services, Kanlian Ferry dan Tian San Shipping, telah menunjukkan minat untuk menyewa kapal itu bagi ujian operasi.

Endik Barclay menambah bahawa mereka menerima minat daripada “seluruh rantau termasuk Indonesia”.

Kapal berkuasa bateri itu tidak akan menghasilkan pencemaran atau pelepasan karbon tempatan, bergantung pada sumber tenaga yang digunakan untuk pengecasan.

Encik Barclay berkata kapal itu menelan kos sekitar $2 juta, atau kira-kira 50 peratus lebih tinggi daripada kapal konvensional yang setanding.

YGT berkata kapal itu “berpotensi mengurangkan kos operasi hingga 50 peratus berbanding kapal konvensional berikutan kecekapan tenaga yang lebih baik dan kos penyelenggaraan yang lebih rendah”.

Dinamakan Hydromover, kapal itu sepanjang 18.5 meter, boleh membawa hingga 25 tan kargo, mempunyai ruang untuk 10 penumpang, dan mempunyai kelajuan operasi 8 hingga 10 knot, atau sekitar 15 hingga 19 kilometer sejam.


Bateri boleh dicas dengan memasukkannya ke dalam pengecas, atau ia boleh ditukar.

Naib Presiden Teknologi SeaTech, Encik Prabjot Chopra, berkata Hydromover ialah prototaip, tetapi teknologi itu mempunyai kes penggunaan lain yang berpotensi untuk “semua operasi pelabuhan”.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >