Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Karipap berkulat, mujur dikopek kulit dulu

Oct 27, 2023 | 04:01 PM



Memang kebiasaannya kalau makan karipap, mesti dibuang tepi kerana tidak sukakan kulit karipap yang keras, tetapi alangkah terkejutnya seorang pengguna TikTok ini apabila mendapat tahu inti karipapnya berkulat.

Kerana kelam kabut pagi itu, beliau yang hanya mahu dikenali sebagai Cheddok, 50 tahun, sempat ke Pusat Makanan Seah Im yang berdekatan tempat kerjanya untuk membeli bekalan untuk makan tengah harinya nanti.

Beliau akhirnya hanya membeli dua karipap, satu berinti daging (segi empat memanjang), dan satu lagi berinti kentang (segi tiga).

Kata Cheddok, ada tiga kedai minuman yang menjual karipap, dan beliau telah membeli dari salah satu kedai minuman di situ, dan enggan berkongsi nama kedai tersebut.

Cheddok telah berkongsi cerita ketidakpuasan hatinya ini dalam video muatannya di TikTok yang telah tular ditonton sebanyak 21 ribu kali.

Dalam video itu, Chedok memberitahu pengikutnya bahawa beliau terkejut apabila mengetahui hal itu, apatah lagi, beliau sudah makan satu karipap sebelumnya tanpa menyedari sama ada ianya berkulat atau tidak.

Dalam temu bual bersama Berita Harian (BH) siang tadi, Chedok berkata beliau berasa tidak begitu sihat pada Khamis, tetapi sudah pulih seperti sediakala.








“Semalam (Khamis) dalam masa 15 minit, saya ke tandas tiga kali, dan rasa pusing, tetapi saya cepat-cepat minum air dan dah rasa okey,” katanya.

Dalam ruangan komen, ramai penonton video menyuruhnya membuat laporan ke Agensi Makanan Singapura (SFA) tetapi Cheddok tidak mahu berbuat begitu. Bahkan, dalam video muatannya, beliau berkongsi akan pergi semula ke kedai itu pada sebelah petang semalam (26 Oktober) untuk mendapatkan penjelasan.

“Saya bawa karipap itu ke kedai tersebut, dan menunjukkan kepada penjual apa yang saya telah beli, dan mereka hanya mengangguk dan tidak berbuat apa-apa. Tidak langsung meminta maaf, tidak ganti rugi dan tidak rasa bersalah,” kata Cheddok yang agak terkejut dengan reaksi mereka.

Satu komen dari video itu oleh Cik Ryll Esmiralda: “OMG!! 😳 Selalu saya main makan aja sey...Tak ada nak kopek-kopek dan periksa. Selepas tonton video ini, saya akan mula periksa intinya sebelum makan.”


Seorang lagi warganet menulis: “Terima kasih berkongsi. Kembang tekak tengok, Alhamdulillah tergerak hati awak nak kopek karipap itu. Aniaya betullah.”

Cheddok kemudian memuat naik video kedua kerana menurutnya, ada seseorang penonton menghantar mesej dan bertanya sama ada gambar karipap berkulat yang ditunjuk itu telah diubah, mendatangkan kemarahannya:

“Takkan lah aku nak bohong pasal makanan. Aku belum makan tengah hari tadi…”




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >